MALAYSIA
Ibu tunggal didakwa perdagang anak kandung

Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memperdagangkan anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa.
-Sinar Harian
IPOH: Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa selepas didakwa memperdagangkan anak kandungnya.
Ringkasan AI
- Seorang ibu tunggal berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan memperdagangkan anak kandungnya untuk eksploitasi seks, termasuk ketika mangsa masih di bawah umur.
- Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tidak mengganggu saksi, namun dibenarkan bertemu dua anaknya yang lain dengan kehadiran pegawai penyiasat.
- Kes akan disebut semula pada 31 Julai 2025 untuk lantikan peguam, dan tertuduh kini tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria.
Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda.
Selain itu tertuduh yang tidak bekerja itu turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 14 akta yang sama.
Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa memperdagangkan anaknya semasa masih kanak-kanak yang berumur 17 tahun pada tahun 2022 bagi maksud eksploitasi seks dilakukan di sebuah rumah di alamat sama antara tahun 2022 hingga 3 September 2023.
Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dihukum sebat jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM7,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menetapkan syarat agar tidak mengganggu saksi termasuk dua lagi anaknya yang berumur 16 dan 19 tahun.
Bagaimanapun, tertuduh dibenarkan oleh mahkamah untuk bertemu kedua-dua anaknya itu dengan kehadiran pegawai penyiasat.
Tarikh 31 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikam Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami