awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
Ribuan penganut Hindu sertai perarakan Thaipusam, suasana meriah di pusat bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin

Bernama
Bernama
22/08/2024
08:51 MYT
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan) 2007.
IPOH: Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu sewaktu bersalin, Mei lepas.
Tertuduh Aishah Ramalinggam, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Mengikut pertuduhan, dalam kejadian 2.30 pagi itu tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu seorang wanita bernama Liza Baizurah Suliman, 38, di dewan bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam daerah Kinta pada 6 Mei lepas.
Oleh itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan) 2007 dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.
Jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM2,000 atau dipenjara dua bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern manakala tertuduh diwakili peguam G Harbhajan Singh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#guna MyKad palsu
#bersalin
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan