KOTA BHARU:Terpedaya dengan janji bakal dikahwini, seorang ibu tunggal berusia 40-an kerugian RM26,000 apabila memasukkan wang ke dalam satu akaun, selepas diarahkan oleh teman lelakinya yang dikatakan menetap di United Kingdom.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa yang juga seorang penjawat awam dikatakan beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun teman lelakinya, dengan alasan mahu membeli cincin dan membuat persiapan perkahwinan mereka.
Beliau berkata, polis menerima laporan berkaitan kes itu pada 31 Jan, selepas wanita terbabit merasa hairan selepas suspek yang mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa, masih meminta wang daripadanya.
"Laporan diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Pasir Puteh, di mana mangsa iaitu seorang wanita menyatakan pada Ogos 2020 dia telah berkenalan melalui media sosial Instagram dengan suspek yang kononnya berada di United Kingdom dan bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
"Tidak lama setelah berkenalan, suspek menyatakan ingin menjalinkan hubungan yang lebih intim dan mangsa telah membuat membuat bayaran berjumlah RM2,200 ke satu akaun bank tempatan, kononnya milik rakan suspek di Malaysia bagi tujuan tempahan sebentuk cincin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pada Sept 2020, suspek menyatakan akan datang ke Malaysia atas urusan menuntut harta milik arwah bapanya (tidak wujud), tetapi meminta mangsa menanggung segala urusan perbelanjaannya sepanjang suspek berada di Malaysia.
Katanya mangsa kemudiannya telah membuat beberapa pindahan wang ke satu akaun bank sehingga awal bulan ini, sebelum menyedari ditipu.
Ahmad Azizul berkata, mangsa telah membuat laporan polis setelah mengesyaki telah ditipu dengan jumlah kerugian RM26,000, apabila suspek masih lagi menghubunginya meminta wang.
Beliau berkata, dalam masa yang sama, mangsa juga telah mendapati terdapat kemasukan secara berperingkat sejumlah wang lain ke dalam akaun bank miliknya, yang telah diserahkan kepada suspek.
"Polis percaya selain ditipu dengan 'Love Scam' mangsa juga dipercayai menjadi keldai akaun dalam kes penipuan lain, dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021
Mangsa telah membuat laporan polis setelah mengesyaki telah ditipu dengan jumlah kerugian RM26,000, apabila suspek masih lagi menghubunginya meminta wang.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.
Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.