awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peru musnahkan 8.8 tan dadah dalam operasi pelupusan terakhir 2025

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2025
00:30 MYT
Peru musnahkan 8.8 tan dadah dalam operasi pelupusan terakhir 2025
Pelupusan dilakukan di ibu pejabat Direktorat Operasi Khas Polis (Diroes) di Ate, melibatkan dadah yang dirampas oleh Polis Kebangsaan Peru. - Foto X/Agencia Andina
LIMA: Kementerian Dalam Negeri Peru memusnahkan 8.8 tan dadah yang dirampas dalam operasi antinarkotik di seluruh negara, dalam proses pelupusan keenam dan terakhir bagi tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Vicente Tiburcio Orbezo pada Selasa memaklumkan, pelupusan dilakukan di ibu pejabat Direktorat Operasi Khas Polis (Diroes) di Ate, melibatkan dadah yang dirampas oleh Polis Kebangsaan Peru.
"Hari ini kami melaksanakan proses pemusnahan keenam dan terakhir bagi tahun ini, dengan membakar 8.8 tan bahan terlarang.
"Dengan proses ini, jumlah keseluruhan yang dimusnahkan sepanjang tahun mencecah 55.6 tan, dan lebih 70 peratus daripadanya adalah bahan jenis kokain," katanya.
Dalam pada itu, rakaman video menunjukkan pekerja gudang menimbang bungkusan dadah, juruteknik forensik menjalankan ujian kimia, dan Orbezo mengesahkan keputusan sebelum bahan terlarang itu dibakar dalam relau khas.
Proses itu turut disertai wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Robert Maquinturf, yang menurut kementerian, dilaksanakan dengan kerjasama rakan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Dadah
#Peru
#lupus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan