DUNGUN: Nasib seorang ibu tunggal di Kampung Rantau Abang di sini, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila tanaman timun yang diusahakan di sebuah kebun kecil, tepi rumahnya musnah selepas dilanda banjir pada Ahad lepas.
Selain mengalami kerosakan harta benda, Zaharah Che Wan Sulaiman, 58, yang baru dibenarkan pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini, "terduduk" apabila melihat kesemua pokok timun yang sudah mula mengeluarkan buah dan boleh dituai tidak lama lagi diselaputi lumpur.
"Inilah satu-satunya sumber pendapatan keluarga kami. Saya seorang ibu tunggal, tinggal di sini bersama anak yang juga ibu tunggal dan tiga cucu.
"Pokok semua rosak, kenalah buang dan tanam semula, ambil masa juga nak dapat hasil sebab nak bersihkan semua ini pun rasanya hampir sebulan. Selepas tanam, dekat dua bulan baru boleh tuai," katanya ketika ditemui Bernama di kebunnya di sini, hari ini.
Beliau berkata setiap kali pusingan tanaman timunnya dalam tempoh tiga bulan, dia hanya meraih lebih kurang RM2,000 sebulan.
"Dah rosak semua tanaman, barang-barang dalam rumah pun rosak, setakat ini sajalah rezeki kami kali ini. Ada sedikit buah yang boleh dikutip, saya nak sedekah saja pada jiran-jiran, dah tak boleh jual sebab ditenggelami air," katanya.
Sementara itu, seorang lagi ibu tunggal Che Wan Zalina Che Wan Mat Amin, 57, berkata dia sebolehnya mahu berpindah kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan banjir besar, namun apakan daya ia tidak semudah difikirkan.
"Jika mampu memang saya nak pindah sebab dah semakin berumur, tak larat nak kemas barang-barang yang rosak seorang diri setiap kali dilanda banjir.
"Mak Cik tinggal seorang diri, anak dua orang (lelaki dan perempuan) tinggal asing, bila jadi macam ini takut pula sebab banjir kali ini tak macam biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Jengal di sini.
Dungun merupakan antara daerah di Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir dan rata-rata penduduk menyifatkan ia sebagai yang terburuk dalam tempoh lapan tahun kerana air naik lebih tinggi dan pantas sehingga tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Zaharah sedih melihat kesemua pokok timun yang sudah mula mengeluarkan buah dan boleh dituai tidak lama lagi diselaputi lumpur. - Gambar Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).