awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal terperdaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000

Bernama
Bernama
20/11/2023
04:33 MYT
Ibu tunggal terperdaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Mangsa yang berasa ditipu telah membuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terperdaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta selepas berkenalan dengan seorang individu menerusi laman sosial.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata penjawat awam berusia 40 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Instagram bulan lepas sebelum berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.
Lelaki berkenaan juga katanya, telah berjanji untuk mengahwini mangsa.
"Beberapa minggu kemudian, lelaki itu telah meminjam wang mangsa sebanyak RM1,500 dengan alasan untuk membuat pembayaran bil hospitalnya dan berjanji akan memulangkan semula wang itu.
"Bagaimanapun, lelaki itu terus meminjam wang mangsa dengan menggunakan pelbagai alasan dan wanita berkenaan telah membuat sembilan transaksi melibat wang berjumlah lebih RM170,400," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa yang berasa ditipu telah membuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan individu tidak dikenali dan jangan mudah mempercayai kenalan menerusi media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#ibu tunggal
#Polis Pahang
#WhatsApp
#laman sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan