#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (28 Mac- 3 April)

Astro Awani
April 4, 2016 01:00 MYT
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang dari 28 Mac hingga 3 April 2016.
BUKAN sahaja rakyat Malaysia berdepan cuaca panas akibat fenomena El Nino dan gelombang haba, malah dunia pemberitaan juga sedemikian dengan pelbagai kisah menarik dan hangat.
Tumpuan sepanjang minggu lalu tentunya berkisar mengenai beberapa peristiwa yang masih berkaitan dengan Deklarasi Rakyat, perarakan perhimpunan Bantah GST dan juga kisah seorang murid yang berjaya memperdaya rakyat Malaysia dengan berita mengenainya yang dikatakan 'dibuli' hingga terpaksa menggunting lidahnya sendiri.
Turut menjadi pilihan ramai adalah berita soal hantaran perkahwinan yang menimbulkan debat masyarakat, selain kisah pasca perceraian melibatkan selebriti.
Untuk berita-berita itu dan selainnya, berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 28 Mac sehingga 3 April, 2016:
ISNIN, 28 MAC
Ditumbuk kerana gagal sedia hantaran: 'Melayu terlalu agungkan adat'
Kisah seorang pengantin lelaki dibelasah keluarga pengantin perempuan gara-gara tidak dapat memberikan wang hantaran seperti mana yang dijanjikan, pelbagai reaksi dapat dilihat di media sosial.
SELASA, 29 MAC
Tun Mahathir sertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia
Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah, Kuala Lumpur pada Isnin malam.
Bekas MB Selangor Khir Toyo bebas dengan parol
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan atas tuduhan rasuah di Penjara Kajang, Selangor.
Sultan Selangor murka salah guna lambang kebesaran
RABU, 30 MAC
Tahap pendidikan rendah antara punca tekanan kos sara hidup tinggi - Najib
Salah satu punca utama tekanan dari kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.
Pemancing hilang ditemui selamat
Kesemua lapan pemancing dan tiga awak-awak bot yang hilang sejak Sabtu ditemui selamat. Mereka berjaya dibawa pulang ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (APMM) Tok Bali awal pagi Rabu.
KHAMIS, 31 MAC
Mangsa tidak dibuli, gunting lidah sendiri - Polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan kes menggunting lidah oleh seorang murid Tahun Dua di Klang, Selangor baru-baru ini tidak melibatkan kes buli.
Sebaliknya, kanak-kanak itu cedera di bahagian lidah kerana bermain gunting milik rakan sekelasnya.
DUN Sarawak dibubar 11 April - Adenan Satem
JUMAAT, 1 APRIL
Saya tak bercadang kembali bersama Jejai atau keluarganya - Fasha Sandha
Pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 32, nekad tidak akan kembali kepada bekas suami, Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39, seperti yang diharapkan oleh para peminat.
Tujuh anggota polis maut dalam letupan bom
SABTU, 2 APRIL
LAPOR LANGSUNG: Himpunan Bantah GST
Wartawan dan jurufoto Astro AWANI melaporkan secara langsung mengenai aktiviti perarakan himpunan Bantah GST di ibu negara pada petang Sabtu.
Lanun bersenjata culik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah
Empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia, pukul 7 malam Sabtu.
AHAD, 3 APRIL
Pelanggan 'merusuh' rebut giliran beli tudung, promosi Fareeda dipertikai
Sebuah rakaman video berdurasi 16 saat memaparkan pelanggan bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love, menjadi viral.
Khairy Jamaluddin berjaya atasi cabaran Ironman Putrajaya
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjaya menamatkan acara triatlon TIME Ironman 70.3 Putrajaya pada Ahad.
##ICYMI #Berita Pilihan Pengarang #ICYMI