#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (5-11 September 2016)

Hamzah Hamid
September 12, 2016 01:00 MYT
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 5 hingga 11 September 2016.
Pertemuan bersejarah dua tokoh politik selepas 18 tahun, perkembangan berkenaan jangkitan virus Zika di negara ini dan Asia Tenggara dan pelancaran iPhone 7 adalah antara berita yang menjadi tumpuan sepanjang minggu lalu.
Tidak kurang juga, berita seperti kisah kejayaan dua atlet Paralimpik negara yang meraih emas di Rio, gangguan teknikal perkhidmatan LRT, dan penjelasan kos perbelanjaan Taman Tugu dan , turut menjadi tumpuan ramai.
Selain itu, kisah mengenai jawapan balas seorang usahawan tentang berkaitan impian ke jenjang pelamin dengan pengacara Fara Fauzana yang tidak kesampaian turut menghangatkan dunia selebriti tanah air. Semua itu antara yang menambah rencah perbualan rakyat Malaysia minggu lalu.
Sebagai imbasan ringkas, berikut adalah senarai Berita Pilihan Pengarang sepanjang minggu bermula 5 hingga 11 September 2016:
ISNIN, 5 September
Selepas 18 tahun, Mahathir-Anwar bersalaman
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipercayai untuk memberi sokongan moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun
Ratu Elizabeth II sedang mencari pembantu istana yang akan bekerja dan tinggal di Istana Buckingham, dan antara maklumat yang dikongsi adalah ia merupkan jawatan tetap dan pekerja itu akan menerima gaji sebanyak £16,755 (RM91,082.21) setahun.
SELASA, 6 September
Replika helang: Perbincangan lebih mendalam perlu dilakukan - Rais
Tugu Helang di Langkawi menimbulkan perdebatan dari sudut hukum agama, seni serta sejarah. Untuk itu, perbincangan lebih mendalam dengan mengambil kira nilai estetika Islam perlu dilakukan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan keputusan untuk merobohkan replika burung helang di Dataran Lang, Langkawi, Kedah.
Video pelajar ditendang rakan sekelas viral di media sosial
Sebuah rakaman video yang menunjukan kes buli di sebuah sekolah tersebar dengan meluas di media sosial. Video berdurasi dua minit 27 saat itu menunjukkan dua pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah lengkap berbaju Melayu sedang bergaduh di dalam kelas.
RABU, 7 September
Kes Zika pertama libatkan wanita mengandung dikesan di Johor Bahru
Kementerian Kesihatan mengesahkan kes baru jangkitan virus Zika melibatkan seorang wanita mengandung di Johor Bahru. Menurut menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam wanita berusia 27 tahun itu merupakan kes wanita mengandung pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.
"Saya masih bujang, tiada niat rahsia status daripada Farah Fauzana" - Hafiz
Mohamed Hafiz Badiuzzaman menafikan pembatalan majlis pernikahannya dengan pengacara Fara Fauzana disebabkan kerana dia berstatus 'suami orang'. Ahli perniagaan berusia 30 tahun itu berkata, sebelum dan sewaktu majlis tersebut dibatalkan, dia masih bujang dan tidak pernah merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Fara sebelum ini.
KHAMIS, 8 September
Pelancaran iPhone 7 bikin peminat dunia teruja
Apple memperkenalkan iPhone terbaharu dan jam tangan pintar dalam usaha mengemas kini produk dari syarikat gergasi itu. Tumpuan peminat iPhone lebih kepada ciri-ciri utama iPhone 7 berskrin 4.7 inci ini termasuk cip pemproses A10 yang lebih efisyen, kamera sofistikated dan butang 'home' peka tekanan.
Enggan benarkan semburan kabus dalam rumah, punca Aedes sukar dibasmi - Pakar
Sikap masyarakat yang enggan membenarkan semburan kabus dilakukan dalam rumah mereka antara punca ancaman penyakit berkaitan nyamuk Aedes termasuk Zika sukar dibasmi di negara ini, kata Pakar Parasitologi dan Entomologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Hidayatul Fathi Othman.
JUMAAT, 9 September
LRT tergendala sekali lagi: Penumpang terpaksa berjalan di tepi landasan dalam hujan
Perjalanan pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya pada pagi Jumaat sekali lagi terjejas akibat masalah gangguan teknikal berikutan cuaca hujan lebat.
Filem 'Train to KL' lebih seram, usik netizen gara-gara servis LRT tergendala
Apabila perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)sekali lagi tergendala pagi tadi, bukan sahaja keluhan yang kedengaran, tetapi juga menjadi inspirasi untuk pengguna media sosial. Mengambil idea daripada filem Korea, Train to Busan, yang kini sedang laris di pawagam, ramai yang menjadikan insiden terbabit sebagai 'filem' sendiri pula.
SABTU, 10 September
MAS larang penggunaan Samsung Galaxy Note 7 di dalam pesawatnya
Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 kepada semua penumpang pesawat penerbangannya.
Taman Tugu: RM650 juta bukan hanya untuk pokok
Anggaran kos RM650 juta untuk projek Taman Tugu bukan semata-mata untuk Taman Hutan Hujan dalam bandar. Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar sebaliknya menegaskan, ia merangkumi pelbagai kos lain termasuk pembangunan masyarakat selama 12 tahun atau sehingga 2028.
AHAD, 11 September
Paralimpik Rio 2016: Terima kasih Ridzuan dan Ziyad, kami bangga dengan kejayaanmu!
Dua atlet paralimpik negara harumkan nama Malaysia di Rio. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.
Paralimpik Rio: Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara
Atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter.
#berita Malaysia #Berita Pilihan Pengarang