awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya masih bujang, tiada niat rahsia status daripada Farah Fauzana" - Hafiz

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/09/2016
05:07 MYT
"Saya masih bujang, tiada niat rahsia status daripada Farah Fauzana" - Hafiz
Fara Fauzana sebelum ini memaklumkan telah membatalkan perancangan perkahwinan bersama seorang jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini. - Gambar fail
Mohamed Hafiz Badiuzzaman menafikan pembatalan majlis pernikahannya dengan pengacara Fara Fauzana disebabkan kerana dia berstatus 'suami orang'.
Ahli perniagaan berusia 30 tahun itu berkata, sebelum dan sewaktu majlis tersebut dibatalkan, dia masih bujang dan tidak pernah merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Fara sebelum ini.
"Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia (Fara). Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam."
"Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara," katanya menerusi satu kenyataan yang dikirimkan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.
Pada masa sama, Mohamed Hafiz berkata, penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.
Ia juga menyebabkan tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat.
Hafiz turut bermohon supaya dirinya dan keluarga diberi ruang serta privasi kerana dia masih lagi cuba bertenang daripada pembatalan pernikahannya itu.
Farah Fauzana sebelum ini memaklumkan telah membatalkan perancangan perkahwinan bersama seorang jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini.
Farah dalam satu kenyataan kepada pihak media berkata keputusan dibuat atas sebab-sebab peribadi.
Keputusan itu juga dibuat perbincangan bersama kedua-dua orang tuanya.
Topic Berkaitan
#batal perkahwinan
#Fafau
#Fara Fauzana
#Mohamed Hafiz Badiuzzaman
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan