KUALA LUMPUR: Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM), yang mengukur tahap daya huni di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat, dilancarkan hari ini dengan fasa pertama pelaksanaannya melibatkan 101 PBT di Semenanjung Malaysia yang telah menggunakan sistem MurniNet.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pelaksanaan iDAM di Sabah dan Sarawak akan mengambil sedikit masa kerana dua negeri tersebut tidak menggunakan sistem MurniNet sepenuhnya.
"Kita jangka pengukuran iDAM bermula di Sabah akhir tahun ini manakala di Sarawak pada 2023,” katanya pada sidang media selepas melancarkan iDAM yang dibangunkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) di sini hari ini.
Reezal Merican berkata iDAM menjadi antara indikator penting dalam perkembangan dan pembangunan ekonomi sesebuah kawasan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan penduduk peringkat kawasan PBT.
"Pengukuran iDAM yang bersifat dinamik akan menjadi persaingan sihat kepada semua pihak berkepentingan untuk memastikan setiap kawasan PBT meningkatkan tahap daya huni masing-masing.
“Lebih daripada itu, iDAM akan menjadi penanda aras untuk kita memastikan keperluan dan perkhidmatan untuk Keluarga Malaysia dapat dipenuhi dengan sempurna,” katanya.
Reezal Merican berkata daya huni bermaksud kawasan atau penempatan itu berupaya memenuhi keperluan kehidupan dari aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan, keperluan asas, infrastruktur, persekitaran hijau yang bersifat lestari dan kalis masa depan.
Beliau berkata kerangka pengukuran iDAM dalam fasa pertama hanya menggunakan 23 indikator dan akan diperkukuh hingga 45 indikator yang akan dikenal pasti dalam fasa seterusnya.
Beliau berkata kerangka iDAM adalah berasaskan kepada enam kriteria utama iaitu ekonomi makmur dan berdaya saing, kualiti persekitaran mampan dan selamat, komuniti sejahtera, guna tanah dan penggunaan sumber yang berkesan, infrastruktur asas berkualiti dan tadbir urus bandar yang efisien.
Reezal Merican berkata iDAM juga akan membantu meningkatkan penarafan Malaysia dalam Global Liveability Index yang sekali gus mampu menarik pelabur dan ekspatriat menghantar anak-anak belajar di Malaysia.
Beliau berkata iDAM akan meletakkan Malaysia di pentas dunia seiring dengan negara luar yang mempraktikkan pengukuran dan penilaian kesejahteraan penduduk di sesebuah bandar seperti Economist Intelligence Unit (EIU) di United Kingdom, Mercer di Amerika Syarikat dan Monocle di Eropah.
Pada majlis itu, 10 PBT menerima anugerah bandar berdaya huni tahap tertinggi antaranya Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Kerian.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dinobatkan sebagai penerima anugerah Khas Bandar Global Berdaya Huni Tahap Tinggi.
Bernama
Thu Aug 18 2022
Kerangka pengukuran iDAM dalam fasa pertama hanya menggunakan 23 indikator dan akan diperkukuh hingga 45 indikator yang akan dikenal pasti dalam fasa seterusnya.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
iDAM dilancar, fasa pertama libat 101 PBT di Semenanjung
Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM), yang mengukur tahap daya huni di peringkat PBT untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat, dilancarkan hari ini dengan fasa pertama.