KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat berikutan ia boleh mengembangkan sumber hasil kerajaan dengan berkesan dan menjadi sebahagian daripada pakej penyatuan fiskal.
Bagaimanapun, badan pemikir itu meminta kajian yang mendalam perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenal pasti kadar GST yang munasabah dan bagaimana dasar itu memberi kesan khusus kepada isi rumah yang kurang berkemampuan.
IDEAS berkata kerajaan baru-baru ini memberi bayangan kemungkinan untuk mengembalikan GST dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan menjelang pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada 7 Okt.
Ia turut menyatakan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global 2022 daripada 3.6 peratus kepada 3.2 peratus manakala bagi 2023, pertumbuhan dianggarkan pada 2.9 peratus.
Sebagai negara ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia harus bersiap sedia menghadapi kesan kemungkinan kemelesetan global, kerana kebanyakan negara ekonomi utama telah memperkenalkan dasar pengetatan monetari yang agresif untuk mengekang inflasi, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Tricia Yeoh menunjukkan bahawa kutipan GST akan membolehkan kerajaan memperluaskan sumber hasilnya dalam tempoh yang segera, di tengah-tengah defisit belanjawan yang meluas dan kemelesetan global yang semakin hampir.
"Terdapat konsensus bahawa ada ruang untuk penambahbaikan bagi asas cukai domestik diperluaskan di Malaysia, memandangkan hanya kira-kira 55 peratus hasil kerajaan secara purata datang daripada cukai langsung dari 2011 hingga 2020.
"Membandingkan kutipan antara GST dan SST, pada 2017 GST mewakili kira-kira 23 peratus daripada hasil kerajaan, manakala SST hanya berjumlah sehingga 14 peratus daripada jumlah hasil kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
IDEAS juga menekankan bahawa jika kadar GST diperkenalkan pada kadar permulaan yang tinggi, ini mungkin menjejaskan lagi permintaan dalam ekonomi meleset tahun depan, yang mempunyai kesan negatif berpanjangan kepada ekonomi domestik. Sebaliknya, jika kadar yang diperkenalkan terlalu rendah, ia mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada penambahan pendapatan kerajaan sedia ada.
Pengarah penyelidikan Juita Mohamad mengulas bahawa dalam persediaan kemungkinan pengenalan semula GST, sistem perlindungan sosial yang terancang perlu dilaksanakan secara serentak.
"Kajian mendalam yang kami cadangkan juga harus merangkumi kesan kemungkinan pengenalan semula GST terhadap isi rumah yang kurang berkemampuan.
"Ini adalah supaya pelan perlindungan sosial sedia ada, seperti program pemindahan tunai, skim pencen dan dasar pasaran buruh yang aktif dapat diperkukuh dan disasarkan dalam tempoh segera," katanya.
Kajian 2020 oleh Bank Negara Malaysia menekankan bahawa wabak itu telah menjelaskan isu struktur asas yang berkaitan dengan rangka kerja perlindungan sosial sedia ada di Malaysia.
Isu-isu ini termasuk program yang berpecah-pecah dan bertindih, jurang dalam liputan umum, cabaran fiskal serta ketidakcukupan program dalam menangani kelemahan sosio-ekonomi.
Dengan menangani jurang dasar ini dengan pantas, IDEAS berkata ia akan membolehkan kerajaan melindungi rakyat dengan menggunakan sumber hasilnya dengan cekap, terutamanya semasa krisis.
Yeoh berkata selain daripada mengembangkan asas fiskal untuk kemampanan jangka panjang, kerajaan juga mesti menunjukkan komitmennya terhadap tanggungjawab fiskal yang lebih besar dan pematuhan kepada kawalan tadbir urus yang ketat melalui penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan.
"Dengan adanya undang-undang ini, serta jaminan kebebasan institusi, langkah sedemikian akan memastikan disiplin fiskal yang betul, yang diperlukan oleh Malaysia hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
IDEAS menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Hak kanak-kanak pelarian, pencari suaka dapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan perlu dilindungi
Hak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah antara dua hak asasi kanak-kanak.
COVID-19: Sistem pendidikan perlu lebih bersedia untuk krisis di masa hadapan - IDEAS
Pelan tindakan krisis perlu diformulasikan supaya sistem pendidikan lebih bersedia sekiranya ada lagi kecemasan atau krisis di masa hadapan.
Edarkan peranti elektronik kepada pelajar, tingkatkan PnP melalui televisyen - IDEAS
Lanjutan PKP akan mengakibatkan penutupan sekolah lebih lama, dan memberi impak besar kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
COVID-19: Tingkatkan akses pendidikan kepada pelajar miskin, orang Asli dan pelajar OKU - IDEAS
Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
#MalaysiaMemilih: Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia
Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien.
Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat - Wan Saiful
Kepercayaan rakyat terhadap badan-badan ini semakin menghakis kerana mereka berasakan ada campur tangan unsur-unsur politik dalam badan ini.
Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?
Tindakan menubuhkan parti baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
Pakatan baharu perlu dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak bersifat 'ad hoc' atau ia akan terkubur seperti Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Cadangan Azmin sebagai MB oleh PAS tindakan yang betul - Wan Saiful IDEAS
Katanya Azmin merupakan calon yang lebih sesuai kerana jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan akan timbul.
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEAS
Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi ADUN Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.