KUALA LUMPUR: Sikap taksub terhadap ideologi politik menjadi salah satu punca kewartawanan Melayu di negara ini 'terbunuh' dan tidak berkembang berbanding pemberitaan dalam bahasa Cina.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Ahmad Murad Merican berpandangan, terdapat budaya dalam kalangan orang Melayu yang menganggap parti yang disokong mereka sebagai 'parti dunia dan akhirat'.
Keadaan itu, jelas beliau, mengakibatkan kumpulan berkenaan menolak untuk membaca bahan berita berbahasa Melayu sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.
"Ini satu yang sedang berlaku. Dan juga dalam sejarah kewartawanan di Malaysia, terdapat beberapa contoh di mana ideologi politik telah membunuh surat khabar Melayu itu.
"(Ia bermula) Sejak 1961. Sebelum itu, ia (syarikat) muncul pada 1938 dan 1939 (akhbar diterbitkan). Ia adalah surat khabar bebas, radikal, serta tidak bertaut kepada mana-mana ideologi politik.
"Tetapi selepas diambil alih oleh satu parti politik, dan seterusnya selama hampir lebih 40 tahun, ia mati oleh sebab cengkaman parti politik itu.
"Jadi dalam kalangan orang Melayu, kita mesti sedar bahawa kita jangan sombong, jangan angkuh, (jangan) oleh kerana surat khabar itu tidak menyokong kepercayaan kita, maka kita tidak baca," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022, di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), UIAM, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Murad berkata, situasi semakin menyedihkan apabila ada dalam kalangan cendekiawan Melayu yang turut 'menolak' untuk membaca akhbar-akhbar Melayu, dengan menyifatkan ia sebagai institusi picisan dan tidak boleh dipercayai.
Tegas beliau, tanggapan bahawa kewartawanan Melayu tidak lagi berguna dan berfungsi adalah tidak benar.
Justeru, Ahmad Murad berkata, sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina yang menggunakan akhbar sebagai ‘lidah’ mereka wajar dicontohi oleh masyarakat Melayu.
"Kita mesti angkat kewartawanan Melayu sebagai kewartanan kebangsaan, dan bukan kewartawanan lain.
"Bukan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk negara. Ini mesti diuar-uarkan oleh media Melayu sendiri.
"Mereka mesti pandai mengurus cabaran dalam talian, bukan hanya mengadakan e-paper atau link (pautan) tetapi bagaimana kita salurkan kandungan itu kepada sasaran kita, di mana orang baca (bahan berita) bahasa Melayu dengan penulisan berkualiti dalam konteks seharian," ujarnya lagi.
Mengambil contoh situasi di Indonesia, Ahmad Murad menambah, dunia kewartawanan di negara itu dilihat lebih berkembang berbanding di Malaysia kerana rakyat di negara itu tidak meremehkan bahasa Indonesia.
Tegasnya, pemerintah juga seharusnya tahu mengenai fungsi kewartawanan Melayu dalam aspek memberikan teguran kepada kerajaan.
"Kalau lihat di Padang, Medan, di Indonesia, ada satu percambahan dan persaingan sihat dari segi perbezaan pendapat, ini yang perlu dilakukan di Malaysia.
"Bukan semua orang Melayu baca surat khabar Melayu, (tetapi) mereka meremehkan kewartawanan Melayu. Tidak ada masalah itu di Indonesia, mereka tidak meremehkan bahasa Indonesia, dan kita perlu atasi masalah ini," katanya.
Pemerkasaan Kewartawanan Melayu
Selain itu, Ahmad Murad berpandangan kewartawanan Melayu perlu melalui proses pembaharuan dalam usaha untuk memperkasakan semula bidang tersebut.
Langkah tersebut katanya termasuk memperkenalkan subjek khusus mengenai sejarah kewartawanan Melayu di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Selain itu, penganjuran HAWANA 2022 juga diharap dapat menyusun atur profesion kewartawanan agar ia dilihat sebagai satu kerjaya yang boleh dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi dalam menyampaikan pemberitaan yang berkualiti.
"Sejak 1800, kewartawanan telah wujud di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu, iaitu lebih 200 tahun. Namun, dalam sejarah Malaysia moden terdapat pelbagai cabaran.
"Walaupun dahulu sebelum perang dunia kedua, ada cabaran-cabarannya, ada arus aliran perdebatan mengenai peranan kewartawanan dan liputan kewartawanan.
"Namun dalam masa 65 tahun kebelakangan dan seterusnya, setelah kemunculan internet di Malaysia, dan disusuli dengan kemunculan blog dan media dalam talian, serta apa yang dikatakan sebagai Citizen Journalism, maka perlu dilihat kembali tanggapan kewartawanan dan perlu dididik semula."
Kata Ahmad Murad, masyarakat wartawan perlu mendidik diri mengenai kewartawanan.
Pada masa sama, masyarakat umum juga perlu mengetahui semula apa itu kewartawanan dan menyemak kurikulum serta sudut perspektif bagaimana kewartawanan itu boleh dikaji.
"Kita perlu melihat kewartawanan itu bukan hanya dalam konteks teknologi tetapi juga dalam konteks perkembangan dan cabaran-cabaran teknologi baharu," katanya.
Hasimi Muhamad
Fri May 27 2022

Ahmad Murad berpandangan, terdapat budaya dalam kalangan orang Melayu yang menganggap parti yang disokong mereka sebagai 'parti dunia dan akhirat'. - Foto/Astro AWANI

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.

Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.

HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.

HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.

HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi

HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.

HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.

HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.

HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.

Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.