awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idris Jala dinamakan antara 50 tokoh berpengaruh di dunia

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2014
05:45 MYT
Idris Jala dinamakan antara 50 tokoh berpengaruh di dunia
Idris (gambar) disenaraikan dalam kategori 10 tokoh pembuat dasar yang paling berpengaruh di dunia sebaris dengan pendakwaraya bagi wilayah selatan New York, Preet Bharara
Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala dinamakan oleh majalah Bloomberg Markets sebagai antara 50 tokoh paling berpengaruh dalam pasaran.
Beliau disenaraikan dalam kategori 10 tokoh pembuat dasar yang paling berpengaruh di dunia sebaris dengan pendakwaraya bagi wilayah selatan New York, Preet Bharara yang bertanggungjawab mengendalikan beberapa kes besar melibatkan penyelewengan perniagaan saham di Wall Street.
Idris turut diletakkan sebaris dengan Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Dragi; Gabenor Bank Rezab India, Raghuram Rajan; Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China, Xiao Gang serta Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Janet Yellen.
"Kami memilih individu-individu (ini) berdasarkan apa yang sedang mereka lakukan dan bukannya pencapaian sebelum ini," kata Bloomberg Markets.
Majalah itu menggambarkan Idris sebagai tokoh yang "mempermudahkan pelaburan dan perniagaan di Malaysia" melalui dasar ekonomi yang dibentuk untuk membantu negara setanding dengan negara-negara jiran yang lebih membangun.
Majalah itu memilih 10 tokoh dalam lima kategori iaitu pengurus kewangan, pemikir, broker korporat, perbankan dan pembuat dasar.
Dalam reaksinya melalui Twitter, Idris berkata beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, anggota kabinet dan seluruh kakitangan awam.
I'm humbled to be in Bloomberg's 50 most influential Worldwide. Credit goes to PM, Ministers, all civil servants. http://t.co/K02g1YhM6t
— idris jala (@IdrisJala_) September 9, 2014
Pemandu ialah agensi yang diberi kuasa untuk memantau pelaksanaan dan perkembangan program transformasi yang ditetapkan oleh pentadbiran Najib.
Sementara itu, Bloomberg Markets menyebut 30 daripada tokoh yang tersenarai pada tahun ini adalah mereka yang pertama kali masuk senarai.
Antara yang tersenarai sebagai tokoh broker korporat ialah CEO General Motors Co., Mary Barra; CEO Apple Inc., Tim Cook dan pengasas Alibaba Group Holding Ltd., Jack Ma serta Warren Buffet.
Pensyarah di Paris School of Economics, Thomas Piketty yang terkenal dengan bukunya 'Capital in the Twenty-First Century' yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada Mac lepas dinamakan sebagai antara 10 tokoh pemikir berpengaruh.
Topic Berkaitan
#Bloomberg Markets
#Idris Jala
#pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan