KUALA LUMPUR: Dengan sempurnanya acara khas 'Topping Out' bangunan baharu Institut Jantung Negara (IJN) di sini, ia menandakan bangunan yang siap tersedia itu kini menyerlahkan pencapaian cemerlang IJN dalam usaha berterusannya melaksanakan penambahbaikan sepanjang masa untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat umum.
IJN dalam kenyataan pada Jumaat berkata fasa pertama bangunan baharu dalam pelan peluasan institut itu disasar untuk mengukuhkan penyampaian perkhidmatannya, di samping meningkatkan pengalaman menarik bagi pesakit di hospital, yang memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf kemudahan sedia ada bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyokong keseimbangan aspek 'kehidupan-kerja' dalam kalangan kakitangannya.
"Bangunan ini dijangka beroperasi pada suku pertama 2024," menurut kenyataan itu.
Peningkatan kemudahan yang disediakan termasuk penyediaan tempat letak kereta pintar bertingkat yang baharu, dengan teknologi pengecaman muka dan plat yang dipertingkatkan, jaminan keselamatan, dan sejumlah 1,221 tempat letak kereta serta ruang letak kereta khas tambahan untuk pemandu kurang upaya, di samping penyediaan kenderaan elektrik untuk mengurangkan melancarkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan.
Selain itu, kemudahan dapur tercanggih sedang dibina bagi menggantikan kemudahan lama pusat itu, yang boleh memuatkan 800 hidangan setiap hari, di samping dapat menawarkan penyediaan masakan berkhasiat yang lebih pelbagai bagi memenuhi citarasa tempatan dan antarabangsa.
IJN berkata bangunan baharu itu juga akan mampu menerima sehingga 2,000 jemah ke surau baharu yang menawarkan ruang solat yang lebih luas dan selesa untuk kakitangan dan orang ramai, khususnya pada majlis-majlis penting seperti solat Jumaat, majlis di bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Selain itu, fasa pertama peluasan akan menyaksikan pemindahan Pusat Asuhan Kanak-Kanak IJN semasa, bagi membolehkan kakitangan IJN berada lebih dekat dengan premis pusat itu di Jalan Tun Razak.
"Ini bukan sahaja akan mengurangkan masa berulang-alik ibu bapa, tetapi juga memboleh mereka bekerja dengan tenang," menurut kenyataan itu.
IJN berkata Pusat Asuhan Kanak-Kanak itu menawarkan perkhidmatan 24 jam, dengan persekitaran yang selamat, kondusif untuk kanak-kanak belajar, bermain dan membesar, dan ia akan dapat menampung kehadiran 150 kanak-kanak berumur antara dua dan enam tahun.
Susulan penyiapan bangunan ini, IJN akan meneruskan fasa kedua dan terakhir langkah peluasan hospital pelbagai disiplin itu dengan pembinaan bangunan 11 tingkat yang dilengkapi teknologi canggih, klinik khusus tambahan, makmal jantung dan 120 katil, yang dijadualkan dibuka pada 2027.
IJN berkata pelan pembangunan itu sejajar dengan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), yang menekankan keupayaan organisasi untuk memperjuangkan kelestarian alam sekitar, amalan bertanggungjawab sosial dan tadbir urus beretika.
Dalam kenyataan sama, ketua pegawai eksekutif IJN Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim dipetik berkata pelan pembesaran itu juga berfungsi untuk melengkapkan status institut itu sebagai finalis dalam inisiatif Flagship Medical Tourism Hospital Programme yang digerakkan kerajaan.
"Dengan mengamalkan prinsip ESG, kami bercita-cita untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kami dan berkembang mengikut keperluan pesakit kami.
"Selaras dengan misi kami untuk menyediakan penjagaan yang boleh diakses dan berkualiti tinggi, kami sentiasa bersemangat untuk menyumbang untuk kebaikan masyarakat dan alam sekitar. IJN cukup teruja dengan impak positif yang akan dicetuskan menerusi peluasan bangunan kami terhadap ekosistem penjagaan kesihatan tempatan," katanya.
Di samping Dr Aizai Azan, pengerusi IJN Holdings, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pengerusi IJN Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Rozali A Wathooth mengetuai majlis 'topping out' yang diadakan di tapak bangunan baharu itu yang menyaksikan penanaman pokok secara simbolik untuk menyaksikan kemajuan yang dicapai di bangunan baharu itu sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Dr Dzulkefly (dua, kiri) menghadiri acara penanaman pokok di IJN, Kuala Lumpur, 15 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Cadangan semakan yuran, IJN sambut baik perbincangan bersama KKM
IJN menyambut baik keputusan untuk mengadakan perbincangan konstruktif berhubung cadangan semakan yuran bagi pesakit yang dirujuk oleh KKM.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung
Beliau dimaklumkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).
IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia
Kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland dan Belanda sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.