Skip to main content

Malaysia

IJN tawar diskaun saringan jantung 15 peratus kepada pengamal media

BUTTERWORTH, 20 Jun -- Kakitangan IJN yang memberi rawatan kepada petugas media dan orang ramai yang hadir pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena hari ini.  Institut Jantung Negara (IJN) membawa perkhidmatan kesihatannya terus kepada petugas media dan orang ramai menerusi pengenalan klinik bergerak buat julung kali.  -- fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA
Institut Jantung Negara (IJN) menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus bagi Pakej Saringan Jantung Essential kepada pengamal media sebagai penghargaan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026. - BERNAMA
Advertisement

​BUTTERWORTH: Institut Jantung Negara (IJN) menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus bagi Pakej Saringan Jantung Essential kepada pengamal media sebagai penghargaan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

​Ketua Jabatan Pemasaran IJN Farah Delah Suhaimi berkata tawaran diskaun itu bagi mengiktiraf komitmen warga media yang sering sibuk mengejar masa, namun pada masa sama mereka perlu memastikan aspek penjagaan kesihatan jantung tidak diabaikan.

Beliau berkata pakej itu merangkumi ujian elektrokardiogram (ECG), ekokardiogram (ECHO), serta sesi konsultasi bersama dengan doktor pakar kardiologi.

“Urusan tempahan berserta pembayaran boleh dibuat dalam tempoh tiga bulan ini di reruai HAWANA atau laman web IJN, manakala tarikh janji temu saringan adalah fleksibel hingga hujung tahun ini," katanya kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

​Sementara itu, Ahli Lembaga Majlis Media Malaysia Adie Suri Zulkefli, 46, berkata kos dan faktor masa sering menjadi kekangan utama buat pengamal media untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala, sekali gus mengalu-alukan inisiatif IJN berkenaan.

​“Apabila ada potongan harga sebanyak ini dan diberikan pula kelonggaran untuk menempah awal bagi pemeriksaan kemudian, ia memberikan dorongan kuat untuk rakan media tampil memeriksa jantung sebelum terlambat,” katanya.

​-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement