awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kioxia sahkan bekalan dan kapasiti cip storan tahun ini habis dijual, pasaran berdepan kekangan
YouTube perkenal kemas kini pengurusan kandungan, tetapan video lebih ringkas
Mayat semua 10 mangsa nahas pesawat ATR 42-500 di Sulawesi Selatan ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan asli di Perak diancam kepupusan - Exco

Bernama
Bernama
08/09/2024
10:46 MYT
Ikan asli di Perak diancam kepupusan - Exco
Antara spesies ikan yang alami kepupusan ialah kelah, temoleh, kelisa, lampam sungai, bujuk dan patin buah. - Gambar fail/Bernama
PARIT: Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati beberapa spesies ikan di Sungai Perak, Tasik Bukit Merah dan Tasik Temenggor diancam kepupusan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata antara spesies ikan yang mengalami kepupusan ialah kelah, temoleh, kelisa, lampam sungai, bujuk dan patin buah dengan kesemua spesies itu mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
"Berdasarkan maklumat terkini, pelbagai ancaman yang menyebabkan populasi ikan asli di Perak semakin menurun dan menjurus ke arah kepupusan disebabkan telah dimakan oleh ikan asing.
"Ini menjejaskan populasi dan habitat ikan, kalau tidak dapat dibendung akan menjejaskan bukan sahaja ikan tetapi (pendapatan) nelayan itu sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Memburu Ikan Asing di Dewan Terbuka Ngah Sagor di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat juga pihak tertentu yang gemar melepaskan ikan peliharaan ke sungai atau tasik apabila ikan berkenaan sudah terlalu besar dan sukar diuruskan.
Mohd Zolkafly berkata selain itu, aktiviti pelepasan ikan di perairan sungai untuk tujuan ritual keagamaan seperti membayar nazar atau hajat tertentu merupakan faktor yang mengundang terlalu banyak ikan asing di perairan.
"Jadi, pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak akan mengadakan pertemuan dengan peniaga ikan hiasan, wakil-wakil kuil dan tokong supaya kita dapat memberi penjelasan kepada mereka agar tidak menggunakan lagi ikan asing semasa melakukan nazar atau hajat," katanya.
Sementara itu, Mohd Zolkafly berkata Jabatan Perikanan Negeri Perak juga dalam proses mengkaji untuk menambah baik peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Perak 1992 supaya ia relevan dengan keadaan semasa dan selaras peruntukan undang-undang.
Beliau berkata antara sebab keperluan untuk meminda kaedah terbabit ialah aktiviti pelepasan ikan asing menjadi tidak terkawal, memperkasakan tindakan penguatkuasaan perikanan darat serta tindakan yang perlu dikemaskan lagi untuk memulihara spesies ikan asli.
"Apabila proses kajian selesai, penambahbaikan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mendapat kelulusan dan ke persidangan Dewan Undangan Negeri untuk meminda kaedah berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan spesies tempatan
#pupus
#Perak
#kelah
#temoleh
#patin buah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan