awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS, paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun
Lelaki buat laporan palsu disamun untuk elak bayar wang majikan
Prabowo undang pemimpin dunia ke Sidang Kemuncak Impak Lautan di Bali Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat semua 10 mangsa nahas pesawat ATR 42-500 di Sulawesi Selatan ditemukan

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2026
05:00 MYT
Mayat semua 10 mangsa nahas pesawat ATR 42-500 di Sulawesi Selatan ditemukan
Kesemua 10 mayat mangsa nahas pesawat terhempas dekat Gunung Bulusaraung ditemui oleh pasukan penyelamat Indonesia. -Foto fail/FB Abby Blabby- True Crime & News
JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia mengesahkan kesemua 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis ATR 42‑500 yang terhempas berhampiran Gunung Bulusaraung, Maros, Sulawesi Selatan, ditemukan.

Ringkasan AI
  • Kesemua 10 mayat mangsa nahas pesawat terhempas dekat Gunung Bulusaraung ditemui oleh pasukan penyelamat Indonesia.
  • Pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport yang disewa oleh Kementerian Kelautan dan Perikanan terlibat dalam nahas itu.
  • Pasukan penyiasat KNKT sedang menyiasat kotak hitam pesawat untuk mengenal pasti punca nahas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pesawat milik Indonesia Air Transport (IAT) tersebut disewa Kementerian Kelautan dan Perikanan untuk misi rondaan udara dari Yogyakarta menuju Makassar.
Ia dilapor membawa tujuh kru serta tiga kakitangan kementerian sebelum terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada 1.30 tengah hari waktu tempatan.
Menurut pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Sulawesi Selatan, Andi Sultan, dua mayat terakhir ditemukan awal pagi Jumaat, menjadikan keseluruhan mangsa berjaya dibawa keluar secara berperingkat.
Operasi turut diteruskan bagi mengeluarkan serpihan pesawat yang berselerakan di kawasan pergunungan yang curam serta diselubungi kabus tebal.
Sebelum ini, bangkai pesawat ditemukan di beberapa lokasi di sekitar Gunung Bulusaraung, kira‑kira 1,500 kilometer timur laut Jakarta, dengan faktor muka bumi yang mencabar menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.
Pasukan penyiasat daripada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) kini meneliti kotak hitam yang ditemukan bagi mengenal pasti punca nahas.
Laporan awal mendapati pesawat dipercayai merempuh lereng bukit dalam keadaan terkawal, berdasarkan penemuan serpihan fiuslaj, ekor dan bahagian enjin bertaburan di kawasan berkenaan.
Nahas ini merupakan kejadian pertama membabitkan model ATR 42 di Indonesia dalam tempoh lebih sedekad, selepas insiden pesawat Trigana Air di Papua pada 2015.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah keseluruhan mangsa yang telah ditemui dalam nahas pesawat di dekat Gunung Bulusaraung? A: Kesemua 10 mayat mangsa telah ditemui oleh pasukan penyelamat Indonesia.
  • Q: Siapakah pemilik pesawat ATR 42-500 yang terlibat dalam nahas tersebut? A: Pesawat terbabit milik Indonesia Air Transport (IAT) yang disewa oleh Kementerian Kelautan dan Perikanan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pasukan penyiasat KNKT bagi mengenal pasti punca nahas pesawat? A: Pasukan penyiasat KNKT sedang menyiasat kotak hitam pesawat untuk mengenal pasti punca nahas yang berlaku.

Topic Berkaitan
#ATR 42-500
#Gunung Bulusaraung
#semua mayat ditemukan
#pasukan penyelamat Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan