awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
28/08/2023
11:46 MYT
Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang
Fenomena jaluran warna merah memanjang di tengah laut boleh dilihat dengan jelas dan keadaan air laut juga tidak secantik seperti selalu sejak dua hari lepas. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian air pasang merah yang berlaku di perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, Balik Pulau, dekat sini sejak Sabtu lepas.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan di kawasan terlibat kerana banyak ikan dan hasil laut mati.
"Kejadian itu (banyak ikan mati) dipercayai berpunca daripada red waves (air pasang merah), ini memang satu gejala yang berlaku dari semasa ke semasa dan saya dimaklumkan ada kejadian ini.
''Kita (kerajaan negeri) akan dapat maklumat lanjut daripada Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar, kita akan pantau kejadian ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, para nelayan bimbang dengan fenomena itu yang didakwa berlaku sejak dua hari lepas kerana ia telah menyebabkan ikan dan hidupan laut mati, iaitu bermula kira-kira satu kilometer daripada kawasan Muka Head hingga ke kawasan pesisir pantai di sekitar Teluk Bahang.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Bahang Johari Mohamad berkata kebanyakan nelayan menyedari kejadian itu selepas terdapat jalur-jalur berwarna merah di permukaan laut dan ikan secara tiba-tiba timbul di permukaan sebelum mati dan terapung.
Katanya fenomena jaluran warna merah memanjang di tengah laut boleh dilihat dengan jelas dan keadaan air laut juga tidak secantik seperti selalu sejak dua hari lepas.
"Kejadian sama pernah berlaku pada awal tahun ini dan banyak ikan mati, masa itu dalam tiga hingga empat hari nelayan tidak turun ke laut.. kami (nelayan) bimbang sekiranya fenomena air pasang merah itu berterusan sehingga menyebabkan hasil laut menyusut," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr Aileen Tan berkata fenomena itu dipercayai berpunca daripada sejenis plankton yang dikenali sebagai Dinoflagellate, Noctiluca Scintillans.
''Kejadian yang sama telah berlaku pada April lepas semasa musim panas iaitu beberapa hujan yang membawa nutrien dari darat ke lautan.
"Dinoflagellate ini bersaiz besar dan mampu menyumbat insang ikan selain bersaing untuk mendapatkan oksigen pada waktu malam semasa mekar," katanya.
Beliau berkata pasukannya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kematian ikan di kawasan terlibat namun berdasarkan hipotesis ia mungkin disebabkan oleh kawasan anoksik atau ketiadaan oksigen di laut dan juga penyumbatan insang ikan.
Katanya, pembiakan plankton Noctiluca Scintillans berpunca daripada variasi dalam faktor persekitaran seperti suhu atmosfera (dikaitkan dengan hujan yang tinggi) yang boleh mengakibatkan perubahan suhu permukaan laut serta ketersediaan nutrien terlarut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang merah
#pulau pinang
#ikan mati
#Jabatan Alam Sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan