Skip to main content

Malaysia

Kadar tambang ECRL masih dalam penilaian, belum dimuktamad - MRL

51745823406_tbLogoECRLAnthony.jpg
Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan belum diumumkan secara rasmi, kata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

KUALA LUMPUR: Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan belum diumumkan secara rasmi, kata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

MRL menjelaskan, sebarang kadar tambang yang tular di media sosial ketika ini adalah tidak tepat dan hanya bersifat spekulasi, sekali gus tidak mewakili kadar sebenar yang akan dikenakan apabila perkhidmatan ECRL mula beroperasi pada Januari 2027.

"Kadar tambang ECRL sedang diperhalusi secara teliti bersama pihak berkepentingan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan ia kekal berpatutan, kompetitif dan mesra pengguna, selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti kepada rakyat.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian berdasarkan maklumat tidak sahih, manakala kadar tambang rasmi hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia selepas proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

ECRL, iaitu East Coast Rail Link (ECRL), merupakan projek rel sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menyambung ke Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 

Apabila beroperasi kelak, laluan itu dijangka memendekkan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Gombak kepada sekitar empat jam berbanding kira-kira tujuh jam melalui jalan raya.

Must Watch Video

Advertisement