awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikatan tidak kemas, muatan tapak besi jatuh dari treler menghalang laluan KL-Seremban

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
17/11/2019
09:07 MYT
Ikatan tidak kemas, muatan tapak besi jatuh dari treler menghalang laluan KL-Seremban
Beginilah keadaan tapak besi yang dimuatkan ke atas sebuah treler jatuh di lebuh raya KL Seremban berhampiran Plaza Tol SMART menghala ke Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar Twitter ITIS DBKL
Sebuah tapak besi yang dimuatkan ke atas sebuah treler jatuh di lebuh raya KL Seremban berhampiran Plaza Tol SMART menghala ke Desa Petaling.
Muatan tapak besi yang jatuh pada pukul 11 pagi itu dianggarkan seberat dua tan dan bersaiz (10 x 20 kaki) telah menghalang laluan dari arah lapangan terbang lama TUDM menuju Seremban.
Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, pemandu treler yang berusia 37 tahun itu dipercayai membawa muatan yang tidak diikat dengan kemas sehingga menyebabkan kesemua muatannya jatuh berhampiran susur lebuh raya Salak Selatan.
"Apabila tiba berhampiran susur lebuh raya Salak Selatan, muatan tersebut jatuh ke bahagian kiri jalan akibat ikatan muatan besi itu tidak kemas" kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan, bagaimanapun pihaknya telah mengenakan saman terhadap pemandu atas kesalahan membawa muatan tidak kemas.
Memetik kenyataan Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) DBKL menerusi laman Twitter, trafik kembali lancar pada pukul 1.30 petang sebaik kerja pengalihan dilakukan atas bantuan kren Tadano dan semua muatan berjaya dinaikkan semula ke atas treler.
Topic Berkaitan
#ITIS
#Kuala Lumpur
#Plaza Tol SMART
#Seremban
#Tapak besi
#trafik
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan