awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKEA tarik balik jualan cawan 'beracun'

Agensi
Agensi
24/01/2020
12:00 MYT
IKEA tarik balik jualan cawan 'beracun'
IKEA menggesa pelanggannya di seluruh dunia memulangkan cawan dan mendapatkan bayaran balik tanpa memerlukan resit termasuk bagi pembelian dalam talian. - Gambar fail
Peruncit produk perabot dan rumah Sweden, IKEA, menarik semula berjuta-juta cawan 'Made in India' di hampir semua gudangnya di seluruh dunia berikutan kewujudan bahan kimia berlebihan dalam produk plastik itu.
IKEA dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima laporan ujian menunjukkan cawan berkenaan mengandungi tahap Dibutyl phthalate (DBP) melebihi had yang ditetapkan dan menggesa orang ramai tidak menggunakan cawan plastik TROLIGTVIS.
DBP adalah sebatian yang diguna untuk meningkatkan ketahanan dan melenturkan produk plastik, yang dipercayai mampu memberi kesan sampingan kepada perkembangan saraf dan reproduktif di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).
Sebagai sebahagian daripada dasar kawalan kerosakan, IKEA menggesa pelanggannya di seluruh dunia memulangkan cawan dan mendapatkan bayaran balik tanpa memerlukan resit termasuk bagi pembelian dalam talian.
Dalam pada itu, pihak syarikat juga sedang menyiasat punca bagaimana produk itu terlepas daripada proses kawalan mutu yang ketat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bahan kimia
#cawan plastik
#Ikea
#IKEA kawalan kerosakan
#Kesatuan Eropah
#pinggan
#Sweden
#Troligtvis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan