Seorang imam masjid dan isterinya maut selepas kereta bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat selekoh Jalan Felda Belara di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, mangsa dikenali sebagai Latib Ishak,66, dan isterinya, Rahanah Hamid, 60.
Kedua-dua mangsa yang beralamat di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Cherul, Kemaman itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika pemandu kenderaan jenis Isuzu D-Max berusia 21 tahun dalam perjalanan dari arah Sungai Tong, Setiu menghala ke Sungai Ikan, Kuala Terengganu.
Katanya lagi, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan Isuzu D-Max itu dilanggar kereta Proton Wira dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan.
"Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan kejadian itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat pasangan terbabit kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat jenazah mereka diserahkan kepada ahli keluarga untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abd Razak berkata, pemandu lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.
Sinar Harian
Fri Sep 21 2018
Kedua-dua mangsa yang beralamat di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Cherul, Kemaman itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Sinar Harian
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Imam masjid dan isteri maut kereta bertembung pacuan empat roda
Seorang imam masjid dan isterinya maut selepas kereta bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.