awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imbuhan dan faedah untuk ADUN Sarawak termaktub dalam Ordinan Darurat - Hasidah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/08/2021
04:16 MYT
Imbuhan dan faedah untuk ADUN Sarawak termaktub dalam Ordinan Darurat - Hasidah
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjawab persoalan yang dibangkitkan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan berhubung status gaji ADUN Sarawak sepanjang tempoh darurat. - Foto Facebook/@sharifahhasidah.sayeed
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak akan terus menerima imbuhan dan faedah bulanan selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibubarkan.
Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perkara itu termaktub dalam Fasal 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021.
“Selama keadaan darurat berkuat kuasa, anggota Dewan Undangan Negeri sehingga tarikh pembubaran berhak mendapat saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang perlu dibayar kepada mereka berdasarkan undang-undang bertulis,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Perkara ini sekaligus menjawab persoalan berkenaan status pembayaran imbuhan atau gaji ADUN sepanjang tempoh Darurat yang dibangkitkan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan pada Ahad lalu.
Jelas Hasidah, kuasa eksekutif negeri (Kabinet) juga telah diperuntukkan dalam Fasal 6 (1) Ordinan yang sama.
“Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak yang wujud sebaik sebelum Proklamasi Darurat (Sarawak) dikeluarkan pada 29 Julai 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Negeri Sarawak dan mana-mana orang lain yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu”.
“Fasal 6 (2) juga menyatakan bahawa bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak adalah berhak kepada saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang kena dibayar kepada mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis,” katanya.
Ordinan yang telah diluluskan oleh Yang di-Pertua Agong ini katanya jelas menyatakan untuk memperuntukkan imbuhan atau gaji ADUN di Sarawak semasa tempoh darurat yang telah dilanjutkan sehingga tempoh yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
#Sarawak
#Ordinan Darurat
#DUN Sarawak
#undang-undang
#Ketua Menteri
#Parti Bumi kenyalang
#voon lee shan
#kabinet
#ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan