awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Johor tahan 114 warga asing bekerja tanpa permit

Bernama
Bernama
11/12/2023
01:59 MYT
Imigresen Johor tahan 114 warga asing bekerja tanpa permit
Tangkapan dibuat kerana suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, menyalahguna Pas Lawatan Sosial, selain melanggar syarat pas ditetapkan. - Facebook Imigresen Johor
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 114 warga asing dipercayai bekerja tanpa permit yang sah dalam Ops Belanja dan Ops Selera, di sebuah pasar raya di Tampoi di sini, Jumaat lepas.
Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan kira-kira 11.30 pagi itu, dilakukan hasil risikan selama seminggu, susulan aduan awam diterima memaklumkan kewujudan warga asing di premis berkenaan.
Beliau berkata operasi itu melibatkan 90 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa negeri serta pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, jabatan itu.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 51 lelaki warga Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India, dengan kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 58 tahun.
"Tangkapan dibuat kerana kesemua mereka disyaki gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, selain melanggar syarat pas ditetapkan," katanya dalam satu, kenyataan hari ini.
Baharuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 11 (7) (a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Pada masa sama, kita turut menyeru kepada warga asing agar merebut peluang menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan tamat pada 31 Dis depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#kerja tanpa permit
#pasar raya di Tampoi
#Imigresen Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan