awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Johor tahan 28 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah

Bernama
Bernama
03/01/2024
09:35 MYT
Imigresen Johor tahan 28 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 28 warga asing, selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa dalam Ops Sapu di beberapa rumah kedai di sekitar Skudai, tengah malam tadi. - Foto FB JIM Johor
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 28 warga asing termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa dalam Ops Sapu di beberapa rumah kedai di sekitar Skudai, tengah malam tadi.
Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata serbuan pada 12.50 tengah malam itu, susulan aduan orang awam mengenai terdapat warga asing tinggal di kawasan tersebut tanpa permit atau pas yang sah.
"Mereka yang ditahan melibatkan sembilan lelaki serta empat perempuan warga Myanmar dan enam lelaki dewasa warga Bangladesh. Turut ditahan lima lelaki dan tiga perempuan bersama seorang kanak-kanak lelaki, kesemuanya warga Indonesia. Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 11 hingga 56 tahun.
"Hasil siasatan awal juga mendapati warga asing ini menyewa ruang tamu dan bilik kecil dengan kadar sewaan bermula RM450 hingga RM750 sebulan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baharuddin berkata kesemua yang ditahan, dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal lebih masa.
"Jabatan Imigresen menyeru agar orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin di kawasan masing-masing dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen Johor
#tahan warga asing
#serbuan
#Ops Sapu
#Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan