KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia sedang menimbang untuk mengkaji semula perjawatan pegawainya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru bagi menangani masalah kesesakan di pintu masuk negara yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata perkara berkenaan akan melibatkan tambahan perjawatan baharu dan penyingkatan tempoh latihan bagi kadet di Akademi Imigresen bagi memenuhi keperluan perjawatan sedia ada dengan segera.
"...tetapi apa yang penting isu kesesakan ini menjadi perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) begitu juga Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) yang sentiasa proaktif untuk menambah baik proses kemasukan.
"...dan kalau tengok Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi juga turun padang bagi (meninjau dan mengambil langkah) melicinkan proses keluar masuk," katanya selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Inisiatif Tangani Kesesakan Pintu Masuk Negara', Rabu malam.
Beliau berkata secara purata pergerakan keluar masuk di BSI adalah seramai 250,000 orang sehari, namun jumlah itu boleh bertambah dua kali ganda ketika musim perayaan dan cuti panjang manakala purata pergerakan keluar masuk bagi KSAB adalah seramai 10,000 orang sehari.
Mengenai inisiatif jabatan itu bagi menangani kesesakan di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ruslin berkata pihaknya dalam perancangan untuk mewujudkan 12 kaunter tambahan termasuk dua kaunter pemerhati bagi melancarkan urusan kemasukan pelancong ke dalam negara.
"Insya-Allah hujung tahun ini kita dapat laksanakan dengan kerjasama strategik antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan bagi memudahkan lagi dan mempercepat proses," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan wujud budaya rasuah di pintu masuk negara, beliau berkata Jabatan Imigresen tidak akan bersikap defensif malah mengambil pendekatan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan bagi menjalankan siasatan.
"Saya tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita ada hampir 15,000 kakitangan tetapi kerana segelintir, yang lain terpalit. Peranan dan jasa mereka dalam mempertahankan dan menjaga sempadan amat kuat, saya tak nak perkara ini memberi kesan kepada pegawai lain, menjatuhkan moral mereka untuk bertugas.
"Saya di peringkat pengurusan tertinggi akan bersama-sama dengan pegawai kita untuk memastikan perkhidmatan kita ini terus sampai kepada rakyat dengan lebih, cekap, efisien dan berintegriti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata perkara berkenaan akan melibatkan tambahan perjawatan baharu dan penyingkatan tempoh latihan bagi kadet di Akademi Imigresen bagi memenuhi keperluan perjawatan sedia ada dengan segera. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Siasatan dilakukan terhadap gangguan Autogate dan Kod QR di BSI - JIM Johor
JIM Johor telah melakukan siasatan dalaman berhubung kegagalan sistem Autogate dan Kod QR di BSI di Zon Pemeriksaan Penumpang Bas berfungsi pada pukul 12 tengah hari semalam.
Hampir 30,000 pelawat asing dikenakan Notis Penolakan Masuk telah dihantar pulang
Seramai 29,572 pelawat asing telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan berjaya dihantar pulang ke negara asal.
17 warga asing ditahan di sekitar Manjung
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 pendatang tanpa izin dalam serbuan di enam premis berasingan di sekitar daerah Manjung.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Perbandingan sosial, kehendak berlebihan punca elemen rasuah wujud - KSN
Tabiat membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan lebih berjaya atau memiliki lebih banyak harta, adalah antara elemen mendorong penjawat awam menjurus melakukan perbuatan tidak bermoral.
JIM serbu sarang khidmat seks tawar tempahan dalam talian
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menggempur sarang khidmat seks yang menawarkan tempahan secara dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar Shah Alam dan Damansara semalam.
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.