IPOH: Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan dalam tiga serbuan di sini menerusi Ops Mahir dan Ops Patuh, pada awal pagi Jumaat.
Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini, berkata operasi bermula pada jam 12 tengah malam hingga 5 pagi itu dijalankan di sebuah kawasan kilang barang lusuh, logam dan kitar semula, rumah kedai serta rumah kongsi.
Menurutnya kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 15 sehingga 62 tahun.
“Seramai 162 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara. Daripada jumlah tersebut, seramai 101 orang telah ditahan.
“Ia melibatkan seorang wanita dan 10 lelaki warganegara China; seorang wanita dan 59 lelaki warganegara Myanmar, tiga wanita dan tujuh lelaki warganegara Indonesia, seorang wanita dan tiga lelaki warganagera Vietnam, 15 lelaki warganegara Bangladesh serta seorang orang wanita warganegara India,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, dalam operasi sama, Hapdzan memaklumkan Imigresen Perak turut melakukan serbuan di sebuah kilang barang lusuh, logam dan kitar semula di Kampung Kepayang, Simpang Pulai kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah.
Katanya, pada operasi berkenaan, seramai 64 warga asing berumur antara 15 hingga 62 tahun telah ditahan, membabitkan warganegara Myanmar, China, Bangladesh, Vietnam dan Indonesia.
“Kehadiran pegawai operasi di lokasi menyebabkan mereka berlari bertempiaran sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa dengan memanjat tembok tinggi untuk melarikan diri ke arah hutan di belakang premis tersebut.
“Pegawai operasi juga berdepan dengan detik cemas mengejar warga asing kerana kawasan kilang tersebut dipenuhi dengan barangan tajam dan logam besi.
“Namun, hasil kecekapan pegawai operasi yang telah mengepung kawasan premis dan berjaya menahan seramai 64 orang,” jelas beliau lagi.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.
Amirrul Rabbani
Fri Jul 01 2022

Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 15 sehingga 62 tahun. - Foto ihsan Jabatan Imigresen Negeri Perak

Kempen PRU | Ini masa terbaik ahli PKR rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) . Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelang PRU15 akan datang.

Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dijangka mula sebelum hujung tahun ini - MB Perak
Projek pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar berhampiran Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan dijangka akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.

Tabika Kemas kisah kejayaan kerajaan - PM
Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.

Dasar kerajaan dan kejayaan perlu diperjelas, pastikan rakyat dapat maklumat tepat - PM
Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti kerajaan.

Laris! Buku kompilasi foto Jung Kook habis terjual dalam seminit
Meskipun kehabisan stok, rata-rata peminat masih meminta agar pihak Jung Kook menambah stok untuk jualan dalam talian.

Segerakan PRU15 atau UMNO, BN tewas - Zahid Hamidi
Parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Prototaip komputer Apple-1 milik Steve Jobs dilelong hampir AS$700,000
Seorang pengumpul barangan yang tidak mahu namanya didedahkan telah memenangi lelongan tersebut pada Khamis, dengan bidaan AS$677,196.

Gagasan MN | Tiada usul tamatkan kerjasama Pas-UMNO
Pas tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan kali ke-68 pada 3 dan 4 September ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ada Pas peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN, sejajar dengan pendirian parti itu.

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengahkan ramai calon muda dalam PRU15
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.

Pelancongan Thailand | 3.78 juta pelancong direkodkan Thailand
Thailand menyaksikan seramai 3.78 juta ketibaan pelancong dari Januari hingga 17 Ogos lalu. Jurucakap kerajaan Thailand berkata, ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.