awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen serbu premis kecantikan menggaji warga asing

Bernama
Bernama
14/10/2022
10:21 MYT
Imigresen serbu premis kecantikan menggaji warga asing
Pemeriksaan di premis baharu itu berjaya merampas peralatan dan kelengkapan rawatan kecantikan wajah secara suntikan dan pemasangan pendakap gigi dan veener. - Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan lima warga Indonesia termasuk tiga wanita kerana didapati bekerja tanpa dokumen sah di sebuah premis kecantikan di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata, mereka yang berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun tidak mempunyai sebarang kelayakan kecantikan ditahan menerusi Op Dandan oleh Unit Risikan Operasi dan Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Bahagian Penguatkuasa.
Beliau berkata premis yang diusahakan warga tempatan itu melakukan kesalahan di bawah Akta dan Peraturan-peraturan Imigresen dan menawarkan perkhidmatan kecantikan wajah dan pemasangan pendakap gigi tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Op Dandan dibuat hasil aduan orang awam pada Februari lepas yang pernah menjadi pelanggan di premis berkenaan sebelum mengalami komplikasi bengkak dan lebam teruk pada bahagian tertentu badannya.
"Risikan mendapati premis tidak beroperasi sehingga Ogos lepas setelah menerima amaran daripada pengadu dan pemantauan berkala juga mendapati premis sentiasa ditutup," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur, hari ini.
Syamsul Badrin berkata menerusi maklumat tambahan disalurkan pengadu bulan lepas, ia kembali beroperasi di bangunan sama namun di tingkat dan lot berbeza.
"Sebelum itu, pengusaha berkenaan dipercayai membuat perkhidmatan dari rumah ke rumah dengan tawaran harga murah iaitu sekitar RM100 hingga RM150 dengan menyasarkan rakyat tempatan dan warga asing.
"Hasil penyamaran, beberapa janji temu dibuat melalui WhatsApp pengadu dan semalam ia telah ditetapkan sebelum serbuan dibuat," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan di premis baharu itu berjaya merampas peralatan dan kelengkapan rawatan kecantikan wajah secara suntikan dan pemasangan pendakap gigi dan veener.
"Kes akan disemak semula dengan KKM untuk tindakan lanjut dan majikan dikenakan tindakan atas kesalahan menggajikan warga asing. Kesemua tangkapan ditempatkan di Depoh Imigresen Bukit Jalil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#premis kecantikan
#op danda
#KKM
#operasi tanpa kelulusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan