Imigresen tahan 171 pendatang asing dalam serbuan di Semenyih dan Kajang

Kesemua warga asing ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Gambar Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 171 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang menyasarkan kawasan industri dan tapak pembinaan di sekitar Semenyih dan Sungai Long, Kajang semalam selepas dikesan menggaji pekerja tanpa permit sah.
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen (JIM) menahan 171 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di kawasan industri Semenyih dan Sungai Long, Kajang, susulan kes gaji pekerja tanpa permit sah.
- Serbuan yang melibatkan 216 individu, termasuk 189 warga asing, berusia antara 29 hingga 50 tahun, dilakukan berdasarkan aduan awam dan risikan selama dua minggu.
- Tiga kompaun RM15,000 dan satu saman RM500 dikeluarkan kepada syarikat terbabit atas kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Peraturan Pendaftaran Perniagaan 1957, serta lima Borang 29 dikeluarkan kepada rakyat Malaysia bagi membantu siasatan.
"Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata agensi penguat kuasa lain turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM15,000 dan satu saman RM500 terhadap syarikat terbabit atas kesalahan di bawah Seksyen 30(1)(b) Akta Syarikat 2016 dan Kaedah 17A(2) Peraturan Pendaftaran Perniagaan 1957.
"Semasa operasi itu, lima Borang 29 (Saman kepada Saksi) turut dikeluarkan kepada rakyat Malaysia bagi membantu siasatan," katanya.
Kesemua warga asing ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Operasi berkenaan, katanya melibatkan 110 pegawai pelbagai pangkat selain dibantu pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Tenaga Kerja.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


