awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 184 pendatang tanpa izin di Nilai

Bernama
Bernama
05/11/2025
15:55 MYT
Imigresen tahan 184 pendatang tanpa izin di Nilai
Mereka yang ditahan adalah daripada 219 warga asing yang diperiksa dalam operasi selama hampir empat jam bermula 7.50 pagi. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 184 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan berkaitan undang-undang imigresen dalam operasi di sebuah kilang bateri di Nilai di sini, pagi tadi.
Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 163 lelaki dan 21 wanita membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Indonesia yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 49 tahun.
Beliau berkata mereka yang ditahan adalah daripada 219 warga asing yang diperiksa dalam operasi selama hampir empat jam bermula 7.50 pagi.
Tindakan penguatkuasaan itu katanya susulan aduan awam berhubung keberadaan warga asing disyaki bekerja tanpa pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Semasa operasi dijalankan, terdapat pendatang asing menyorok di sebalik mesin bekalan kuasa dan ada yang bersembunyi di celahan susunan produk kilang untuk menyelamatkan diri daripada dicekup oleh pasukan operasi.
"Bagaimanapun, mereka berjaya dikesan dan kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Negeri Sembilan
#pendatang tanpa izin
#nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan