awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 33 pendatang tanpa izin bekerja di kedai runcit

Bernama
Bernama
17/06/2021
15:56 MYT
Imigresen tahan 33 pendatang tanpa izin bekerja di kedai runcit
Khairul Dzaimee berkata mereka yang ditahan terdiri warga Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India dan Indonesia. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menyerbu 16 kedai runcit yang disyaki dikendalikan warga asing di sekitar Bukit Sentosa, Rawang dan Dengkil di Selangor dalam operasi pada Isnin (14 Jun) dan Selasa lalu, serta menahan 33 pendatang tanpa izin di premis terbabit.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki warga Bangladesh, tujuh lelaki warga Myanmar, dua lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga India dan tiga lelaki serta dua wanita warga Indonesia.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati kesemua pendatang tanpa izin terbabit disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas atau permit dan juga tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut.
"Semasa serbuan dijalankan terdapat warga asing yang cuba melarikan diri dan membuat provokasi. Walau bagaimanapun, kesemua warga asing ini berjaya ditahan dan situasi dapat dikawal," katanya dalam kenyataan hari ini mengenai operasi berkenaan.
Pemeriksaan di semua premis terlibat mendapati kesemua premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang dimiliki dan didaftarkan atas nama warganegara Malaysia namun disyaki disewakan kepada warganegara asing, katanya.
Kesemua pendatang tanpa izin yang ditahan telah dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih, katanya.
Khairul Dzaimee berkata antara kesalahan yang dikenal pasti dilakukan pendatang tanpa izin terbabit adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, penyalahgunaan pas dan kesalahan lain yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Beliau berkata seramai enam warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#COVID-19
#Akta Imigresen
#ujian saringan
#warga asing
#kedai runcit
#total lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan