Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pemalsuan pasport dan pas kerja warga asing, yang didalangi warga Bangladesh dikenali sebagai 'Mama Bangla' dalam satu siri operasi di tiga lokasi berasingan, di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak 2017 di sekitar Kuala Lumpur, di mana suspek mengenakan bayaran sebanyak RM200 untuk senaskah pasport palsu, RM200 bagi sekeping pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) (PL (KS) palsu dan RM50 untuk i-Kad dan Kad CIDB palsu.
Katanya, kegiatan Mama Bangla yang berumur 25 tahun itu terbongkar, susulan penahanan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun di Brickfields, yang melalui soal siasat mendedahkan dalang sindiket.
Pemeriksaan terhadap lelaki berusia 39 tahun itu menemui satu sampul surat berisi empat naskah pasport Bangladesh, enam keping pelekat PL (KS) dan enam keping i-Kad yang kesemuanya disyaki palsu.
"Hasil maklumat tersebut, pasukan serbuan telah mengatur satu gerakan untuk mengumpan Mama Bangla keluar. Satu pertemuan diadakan di sekitar Jalan Munshi, Kuala Lumpur dan berhasil menangkap Mama Bangla," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Semasa ditahan, pihak Imigresen turut menjumpai dua naskah pasport Bangladesh bersamanya.
Suspek kemudiannya telah membawa pasukan Imigresen ke sebuah kondominium di Jalan Putramas di mana hasil serbuan menemui 17 naskah pasport warganegara asing dan enam keping pelekat PL (KS) yang kesemuanya dipercayai palsu.
"Turut dijumpai peralatan-peralatan untuk membuat dokumen palsu seperti komputer, mesin pencetak, alat pengimbas dan sebagainya," katanya.
Khairul Dzaimee berkata Mama Bangla ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan kesalahan di bawah Seksyen 55D kerana memalsukan dokumen.
Seorang lagi warga Bangladesh itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport bukan miliknya, Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan dokumen yang dipalsukan dan Seksyen 56(1A)(c) akta yang sama kerana bersubahat.
Kedua-dua subjek ditahan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Khairul Dzaimee (gambar) berkata Mama Bangla ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan kesalahan di bawah Seksyen 55D kerana memalsukan dokumen. - Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.