Bapa kepada kanak-kanak yang menghidap kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat Ahmad Danial Ahmad Suhairi kelihatan bangga apabila melihat anaknya mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama.
Ahmad Suhairi Ali, 33, berkata walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.
"Danial (panggilan Ahmad Danial) memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Saya harap ini menjadi kenangan paling manis untuk anak dan berterima kasih kepada semua yang menjayakannya," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Program Untukmu Danial: Potret Seorang Pejuang di Masjid Beserah di sini, pada Sabtu.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad yang turut memandu jentera bomba dinaiki Ahmad Danial melalui sekitar Beserah selama hampir 10 minit.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, 7, dikesan menghidap penyakit itu pada Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
"Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom 'mata malas' namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
"Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin," katanya.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif dan kini bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019

Nor Hisham Mohamad (duduk, kiri) menghadiahkan permainan jentera bomba kepada Ahmad Danial pada Program Untukmu Danial: Potret Seorang Pejuang di Beserah, 5 Okt, 2019. --fotoBERNAMA

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil

Impian kanak-kanak hidap kanser otak rasa jadi anggota bomba tercapai
Walaupun tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun bapanya percaya Danial gembira.