Ketua PBB suarakan kebimbangan serangan berulang Israel di Lubnan

Guterres (foto) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan yang mengancam keselamatan pasukan pengaman PBB di Lubnan. -Gambar fail
HAMILTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan yang menjejaskan keselamatan pasukan pengaman PBB di Lubnan, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan yang mengancam keselamatan pasukan pengaman PBB di Lubnan.
- Kereta kebal Israel dilaporkan melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman di selatan Lubnan, namun tiada anggota Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan cedera.
- UNIFIL mengesahkan serangan berhampiran kedudukan Israel di Lubnan sebagai pelanggaran serius terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang menyeru untuk penamatan permusuhan antara Hizbullah dan Israel serta pembentukan zon bebas senjata.
Merujuk kepada Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), Dujarric berkata pasukan itu telah menggesa tentera Israel menghentikan tembakan serta-merta dan tiada anggota UNIFIL dilaporkan cedera setakat ini.
Guterres turut mengingatkan "semua pihak mengenai kewajipan mereka untuk menjamin perlindungan terhadap anggota dan aset PBB," kata Dujarric.
Beliau menegaskan bahawa pasukan pengaman tidak boleh menjadi sasaran serangan pada bila-bila masa.
UNIFIL pada Ahad memaklumkan serangan berlaku berhampiran sebuah kedudukan yang didirikan Israel di dalam wilayah Lubnan dan ia dianggap sebagai "pelanggaran serius" terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.
Resolusi yang diterima pakai pada 11 Ogos 2006 itu menyeru agar penamatan permusuhan antara kumpulan Hizbullah dan Israel serta pembentukan zon bebas senjata antara Sungai Litani dan Garis Biru (Blue Line) yang dipetakan PBB sebagai pemisah antara Lubnan, Israel dan Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.
Ketegangan di selatan Lubnan semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu, dengan tentera Israel memperhebat serangan udara hampir setiap hari ke dalam wilayah Lubnan atas dakwaan menyasarkan anggota dan infrastruktur Hizbullah.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menjadi kebimbangan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan keselamatan pasukan pengaman PBB di Lubnan? A: Setiausaha Agung PBB bimbang dengan peningkatan serangan yang menjejaskan keselamatan pasukan pengaman PBB di Lubnan.
- Q: Apakah yang berlaku pada Ahad yang melibatkan sebuah kereta kebal Israel dan pasukan pengaman di selatan Lubnan? A: Sebuah kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman di selatan Lubnan pada Ahad.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) berkenaan dengan serangan tersebut? A: UNIFIL telah menggesa tentera Israel menghentikan tembakan serta-merta dan tiada anggota UNIFIL dilaporkan cedera setakat ini.
- Q: Apakah yang dinyatakan oleh jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, kepada semua pihak berkenaan perlindungan terhadap anggota dan aset PBB? A: Dujarric menegaskan bahawa semua pihak perlu menjamin perlindungan terhadap anggota dan aset PBB, serta pasukan pengaman tidak boleh menjadi sasaran serangan pada bila-bila masa.
- Q: Apakah yang dianggap oleh UNIFIL sebagai "pelanggaran serius" terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB? A: Serangan berlaku berhampiran sebuah kedudukan yang didirikan Israel di dalam wilayah Lubnan dianggap sebagai "pelanggaran serius" terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

