awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Implikasi kewangan pinjaman cagaran KWSP gagal dilunaskan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
07/06/2023
01:00 MYT
Implikasi kewangan pinjaman cagaran KWSP gagal dilunaskan tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat hari ini akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 yang telah dibahaskan oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam.
KUALA LUMPUR: Implikasi kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 (FSA2) gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang turut meminta penjelasan berhubung jumlah pemohonan yang telah diterima bagi fasiliti pinjaman itu, pada sesi soal jawab.
Pada sesi sama, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula ingin tahu langkah yang diambil bagi mengangkat martabat makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh dan laksa sebagai makanan kebangsaan agar status itu tidak boleh dituntut oleh negara lain.
Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) dijangka meminta penjelasan tentang sokongan dan inisiatif yang diberikan Malaysia kepada kerajaan Afghanistan, khususnya dalam aspek pemerkasaan wanita dan kanak-kanak di negara itu.
Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang telah pun dibahaskan oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam.
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 juga dijangka dibaca buat kali kedua hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#KWSP
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan