awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke

Bernama
Bernama
28/11/2024
08:26 MYT
Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke
Anthony Loke berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan meneliti implikasi mewajibkan penumpang kereta persendirian turut dilindungi oleh insurans kenderaan, kerana ia boleh memberi kesan ketara kepada kos insurans bagi pemilik kenderaan berkenaan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada.
"Kita akan minta Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan untuk melihat dengan lebih lanjut dan ia sudah tentu memberi kesan yang besar kepada kos insurans, jadi ini perlu diteliti sebelum apa-apa keputusan dasar dibuat.
"Saya yakin bahawa kalau kita buat sesuatu, dia kena pastikan ada keseimbangan dan dalam perkara ini, yang penting adalah keputusan mahkamah itu kita kena lihat, sama ada dia ada obligasi pindaan kepada akta kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui di persidangan Asian Maritime Law and Business Conference yang bermula hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menetapkan bahawa penumpang kenderaan untuk tujuan kerja boleh mendapatkan pampasan daripada syarikat insurans kenderaan untuk kecederaan yang dialami jika terlibat dalam kemalangan.
Menurut sebuah portal berita, keputusan mahkamah telah mencetuskan semula perbincangan sama ada Malaysia perlu mewajibkan perlindungan insurans untuk penumpang dalam kenderaan persendirian bagi memastikan mereka turut mendapat pampasan sekiranya berlaku kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penumpang
#insurans
#Kenderaan persendirian
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan