awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Daya Huni (iDAM) jadi panduan PBT gubal polisi - Menteri

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2022
23:50 MYT
Indeks Daya Huni (iDAM) jadi panduan PBT gubal polisi - Menteri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan masyarakat B40 terbelenggu dengan kehidupan tidak berdaya huni. - Foto KPKT
KATOWICE: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap Indeks Daya Huni (iDAM) akan menjadi garisan panduan yang jelas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan perancangan yang lebih mapan.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan masyarakat B40 terbelenggu dengan kehidupan tidak berdaya huni.
"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengajar bahawa walaupun kerajaan menyediakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan miskin dengan sewa yang murah, tetapi anak-anak mereka tidak dapat melakukan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) kerana tidak ada liputan internet yang baik," jelasnya.
Sehubungan itu, Reezal Merican berharap maklumat yang bakal dikeluarkan iDAM akan dapat difahami dengan baik oleh rakyat dan menjadi pra-syarat kepada kelulusan perancangan bandar oleh PBT.
iDAM yang dibangunkan PLANMalaysia menerapkan enam teras aspirasi iaitu pembangunan ekonomi yang makmur dan kalis masa depan, penambahbaikan dalam kualiti dan pemuliharaan alam sekitar, keharmonian masyarakat dan kesejahteraan keluarga, penggunaan tanah dan sumber asli yang mapan, urus tadbir bandar yang cekap serta kemudahan infrastruktur yang inklusif.
Reezal ditemui media ketika mengetuai delegasi Malaysia di World Urban Forum ke-11 di Katowice, Poland.
Topic Berkaitan
#Reezal Merican Naina Merican
#Indeks Daya Huni
#WUF2022
#WUF11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan