NEW DELHI: Kementerian Luar India pada Rabu membantah keras kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai penahanan Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
"Dalam diplomasi, negara diharapkan untuk menghormati kedaulatan dan urusan dalaman negara lain. Tanggungjawab ini lebih-lebih lagi dalam kes sesama negara demokrasi. Sebaliknya, ia boleh berakhir dengan menetapkan duluan yang tidak sihat.
Proses undang-undang India adalah berdasarkan badan kehakiman bebas yang komited kepada hasil objektif dan tepat pada masanya. Memfitnah proses itu adalah satu tindakan tidak berasas," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kejriwal ditahan pada 21 Mac untuk disoal siasat oleh Direktorat Penguatkuasaan (ED), agensi penyiasatan jenayah kewangan India berkaitan dasar eksais kontroversi Delhi.
Jabatan Negara AS pada Isnin berkata ia memantau laporan penahanan Kejriwal untuk memastikan "proses undang-undang yang adil, telus dan tepat pada masanya".
Menurut laporan media tempatan, Pemangku Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS Gloria Berbena di New Delhi telah dipanggil ke Kementerian Luar.
Ditanya mengenai tindakan India memanggil diplomat AS, jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller mengulangi pendirian negara itu dalam sidang media pada 27 Mac.
"Saya tidak akan bercakap tentang sebarang perbualan diplomatik peribadi. Tetapi sudah tentu apa yang telah kami katakan secara terbuka ialah... bahawa kami menggalakkan proses undang-undang yang adil, telus dan tepat pada masanya.
Kami tidak fikir sesiapa pun sepatutnya membantah itu dan kami akan menyatakan perkara yang sama secara peribadi," katanya.
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
India pada Sabtu memanggil Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jerman di New Delhi untuk menyampaikan bantahannya berhubung kenyataan Pejabat Luar Jerman mengenai isu Kejriwal.
Ia menyifatkan kenyataan Jerman itu sebagai "campur tangan dalam proses kehakiman India dan menjejaskan kebebasan badan kehakiman negara."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India. - AP
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.