awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India catat kematian harimau bintang kedua kurang sebulan

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2023
11:30 MYT
India catat kematian harimau bintang kedua kurang sebulan
Pegawai hutan India memaklumkan punca kematian harimau bintang jantan berumur enam tahun itu belum diketahui.- Gambar hiasan/ Pexels
MADHYA PRADESH: Seekor lagi harimau bintang yang dibawa dari Afrika ke India dilaporkan mati, baru-baru ini.
Memetik laporan BBC, haiwan berkenaan dilaporkan mati di Taman Negara Kuno, Madhya Pradesh, India sekali gus merupakan kematian kedua dalam tempoh kurang dari sebulan.
Dalam pada itu, pegawai hutan India memaklumkan punca kematian harimau bintang jantan berumur enam tahun itu belum diketahui.
Harimau bintang itu merupakan salah satu daripada 12 harimau yang dibawa dari Afrika Selatan pada bulan Februari.
India menerima kemasukan semula harimau bintang tahun lalu selepas lebih 70 tahun haiwan itu diisytiharkan pupus di negara berkenaan.
Pada 27 Mac, seekor harimau bintang betina yang merupakan sebahagian daripada kelompok haiwan pertama yang dibawa dari Namibia dilaporkan mati disyaki mengalami penyakit buah pinggang.
Kemasukan harimau bintang di India membawa kegembiraan kepada penduduk di negara itu apabila sebarang berita berkaitan turut menjadi tajuk utama.
Harimau bintang mempunyai nilai simbolik yang besar di India kerana menjadi adalah sebahagian daripada banyak cerita rakyat.
Namun begitu, haiwan itu juga merupakan satu-satunya mamalia yang dilaporkan pupus sejak kemerdekaan India pada tahun 1947.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#India
#harimau bintang
#harimau pupus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan