awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka

Bernama
Bernama
07/02/2026
04:15 MYT
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Tindakan tegas termasuk pembatalan lesen perniagaan akan diambil terhadap peniaga didapati menyalahgunakan atau menyerahkan lesen kepada pihak lain. - Gambar hiasan/BERNAMA
MELAKA: Sebanyak 50 bazar Ramadan dan lapan bazar Aidilfitri dibuka di seluruh Melaka membabitkan penyertaan lebih 4,000 peniaga.
Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata daripada jumlah itu, 19 bazar Ramadan berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Beliau berkata sebanyak 11 bazar Ramadan diluluskan di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) manakala masing-masing 10 di kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
"Bagi bazar Aidilfitri, kelulusan diberikan kepada penganjur untuk mengendalikan dua bazar di kawasan MBMB iaitu di Banda Hilir dan Klebang serta masing-masing tiga di bawah MPAG dan MPHTJ," katanya.
Zulkiflee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka 2026 di sini yang turut dihadiri Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman.
Beliau berkata dua bazar di MBMB, iaitu Bazar Aidilfitri Ikonik Banda Hilir dan Bazar Aidilfitri Klebang akan mula beroperasi seminggu lebih awal sebelum Ramadan berikutan cuti panjang dalam tempoh itu.
Sementara itu, beliau berkata tindakan tegas termasuk pembatalan lesen perniagaan akan diambil terhadap peniaga didapati menyalahgunakan atau menyerahkan lesen kepada pihak lain.
Langkah itu bertujuan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan menjual lesen perniagaan pada harga lebih tinggi.
"Isu ini akan dipantau penganjur dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana kita tidak mahu perkara yang menjejaskan imej atau nama kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#bazar aidilfitri
#Zulkiflee Mohd Zin
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan