awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India lanjutkan e-Pelancong percuma untuk rakyat Malaysia sehingga 31 Disember 2026

Bernama
Bernama
29/07/2025
14:30 MYT
India lanjutkan e-Pelancong percuma untuk rakyat Malaysia sehingga 31 Disember 2026
Visa e-Pelancong 30 hari itu boleh dipohon secara dalam talian menerusi pautan rasmi e-visa di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html. - Gambar hiasan/amanz.my
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia akan terus menikmati kemudahan visa e-Pelancong selama 30 hari dengan dua kemasukan tanpa dikenakan bayaran, selepas New Delhi melanjutkan tempoh kemudahan itu sehingga 31 Dis 2026, menurut Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur.
Visa e-Pelancong 30 hari itu boleh dipohon secara dalam talian menerusi pautan rasmi e-visa di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html.
Menurut kenyataan itu, semua kategori e-visa lain termasuk e-Perniagaan, e-Persidangan, e-Perubatan, e-Ayush dan e-Kecemasan X Pelbagai masih tertakluk kepada bayaran visa yang ditetapkan.
Peraturan sedia ada berkaitan visa e-Pelancong dan e-visa lain seperti yang dinyatakan di laman rasmi e-visa berkenaan akan terus terpakai.
"Mereka yang ingin mendapatkan visa biasa dalam bentuk fizikal daripada Pusat Permohonan Konsul India di enam bandar seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh M/s IVS Global Services (laman sesawang: icacmalaysia.com) atau daripada Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, masih perlu membayar yuran visa yang ditetapkan," menurut kenyataan itu lagi.
Pada Jun tahun lepas, India mengumumkan bahawa rakyat Malaysia layak menikmati visa e-Pelancong selama 30 hari dengan dua kemasukan secara percuma bagi tempoh satu tahun, bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-visa
#pautan rasmi
#dalam talian
#bentuk fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan