BENGALURU: Susulan kejayaan pendaratan kenderaan robotik, Chandrayaan-3 pada Ogos lalu di kawasan kutub selatan bulan yang tidak pernah diterokai, India kini berhasrat mahu mengkaji matahari pula di bawah misi solar pertama dilancarkan negara Asia Selatan itu pada Sabtu.
Pelancaran bersejarah Aditya-L1 itu turut disiarkan secara langsung oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menerusi laman web mereka dan meraih hampir 500,000 tontonan.
India semakin mendahului perlumbaan ke angkasa lepas dan meninggalkan Amerika Syarikat (AS) serta China yang mendominasi misi tersebut.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Amit Shah berkata, pelancaran itu adalah satu ‘langkah gergasi’ ke arah merealisasikan visi Perdana Menteri, Narendra Modi yang mahu New Delhi terus melakar sejarah dalam ekspedisi ke angkasa lepas.
Program tersebut bertujuan untuk mengkaji angin suria atau aurora yang biasanya boleh menyebabkan gangguan pada bumi.
Kapal angkasa Aditya-L1 yang membawa instrumen saintifik itu direka untuk melakukan perjalanan ke Langrange Point L1, yang dapat mengimbangi daya graviti bagi mengurangkan penggunaan bahan api.
“Terdapat insiden komunikasi terjejas kerana satelit dilanda pelepasan jisim korona berskala besar. Satelit di orbit rendah bumi menjadi fokus utama yang menjadikan misi Aditya-L1 sebagai projek yang amat penting,” jelas Profesor Somak Raychaudhury
Menurutnya, saintis berharap untuk mengetahui lebih lanjut tentang impak sinaran suria terhadap ribuan satelit di orbit yang semakin bertambah atas kejayaan usaha sama rangkaian komunikasi Starlink dilancarkan firma aeroangkasa, SpaceX, milik Elon Musk.
Sementara itu, Profesor Rama Rao Nidamanuri yang mengetuai Jabatan Sains Angkasa dan Bumi di Institusi Sains dan Teknologi Angkasa India mendakwa ruang orbit rendah bumi kian ‘tercemar’ kerana penyertaan syarikat swasta yang semakin meningkat.
“Oleh itu, ekspedisi ini dapat membantu kita memahami cara melindungi satelit dalam persekitaran angkasa lepas yang sesak pada masa kini,” ujarnya.
Saintis ISRO juga menjelaskan data daripada misi itu dapat memberi pemahaman dengan lebih jelas tentang kesan matahari pada corak iklim bumi dan asal-usul angin suria iaitu aliran zarah daripada matahari.
New Delhi yang bercita-cita tinggi dan mahu berdiri setanding Barat kini bergantung kepada kejayaan ISRO untuk mempamerkan kehebatan mereka dalam sektor berkenaan walaupun hanya melancarkan misi dengan bajet rendah. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023
Kapal angkasa yang membawa instrumen saintifik itu direka untuk melakukan perjalanan sejauh kira-kira 1.5 juta kilometer ke Langrange Point L1. - Foto Sinar Harian
Peraturan baharu MM2H diluluskan, jangka diumum dalam masa terdekat - Tiong
Peraturan baharu bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) mendapat kelulusan Kabinet dan pengumuman mengenai perinciannya dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Agong berkenan masyhur Masjid Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara.
Thailand yakin keupayaan Malaysia jadi orang tengah
Pihak berkuasa Thailand meletakkan harapan tinggi terhadap keboleupayaan Malaysia sebagai faslitator proses damai di Selatan Thailand.
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
Polis siasat penyebaran maklumat Edisi Siasat
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain menegaskan polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat berhubung kes pembunuhan kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin seperti yang tular di Telegram Edisi Siasat, sejak Khamis.
Sektor pembinaan dan syarikat tunda kenderaan salah guna subsidi
Sektor pembinaan perkhidmatan termasuk penunda kenderaan dikenalpasti sebagai antara yang menyalah guna sehingga dua bilion liter diesel bersubsidi tahun lalu.
Mahkamah benarkan permohonan pengarah, penerbit Mentega Terbang
Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, membenarkan permohonan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk merujuk dua persoalan undang-undang bagi tuduhan melukakan perasaan penganut agama lain ke Mahkamah Tinggi.
Motif serangan Faisal Halim, 2 pemain belum dapat ditentukan
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya telah melakukan dua fasa keterangan melibatkan Persatuan Bola Sepak (FAM), dan menegaskan akan terus melakukan siasatan berhubung kes tersebut.
Guru tadika dipenjara tampar kanak-kanak 4 tahun
Seorang guru tadika swasta dihukum penjara dua bulan kerana menampar muridnya yang berusia empat tahun, bulan lalu.
Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri
Seorang lelaki yang memukul dan menikam isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai
Pengawal selia penerbangan India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan yang menyaksikan pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.
Kiraan undi di India tunjukkan parti Modi gagal peroleh majoriti mudah
Pengiraan undi yang dipungut antara 19 April dan 1 Jun menunjukkan blok pembangkang memberikan saingan lebih baik daripada yang dijangka.
Pilihan raya maraton India tamat selepas 44 hari
Pengundian diadakan pada fasa terakhir untuk baki 57 daripada 543 kerusi parlimen.
Lapangan terbang Kolkata ditutup 21 jam berikutan Siklon Remal menghampiri pantai Bangladesh, India
Siklon Remal akan secara intensif berubah kepada ribut siklon yang kuat menjelang pagi Ahad.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir
Kemenangan kedua pada Khamis menyaksikan skuad negara bimbingan Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan sementara naib juara milik Jepun.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya.