awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu aib gambar pemimpin negara berdepan tindakan undang-undang - Noor Rashid

Bernama
Bernama
06/02/2016
00:43 MYT
Individu aib gambar pemimpin negara berdepan tindakan undang-undang - Noor Rashid
NOOR RASHID: Akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalah guna kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu. - Gambar fail
Individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalahgunakan kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu.
"Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara," katanya dalam sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 8/2016 di Plaza Tol Litrak di sini, padsa Jumaat.
Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai karikatur badut yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata polis juga akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengguna laman sosial yang mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara termasuk kediaman Perdana Menteri.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata mana-mana pihak yang mendatangkan kecederaaan kepada individu lain sama ada warga tempatan atau warga asing akan dikenakan tindakan.
"Warga asing dan penduduk negara ini semuanya tertakluk kepada undang-undang, jika seseorang itu mendatangkan kecederaan sesuka hatinya tidak kira kepada kenalannya atau bukan, ia tetap menjadi satu kesalahan," katanya.
Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi empat minit yang menunjukkan seorang warga Pakistan dipukul oleh penulis blog kontroversi 'Papagomo' yang menjadi viral di media sosial.
Topic Berkaitan
#AIB
#Akta Komunikasi dan Multimedia
#Gambar
#Noor Rashid Ibrahim
#pemimpin
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan