awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu dedah nama pesakit COVID-19 boleh diambil tindakan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/10/2020
08:23 MYT
Individu dedah nama pesakit COVID-19 boleh diambil tindakan - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak menjadi penyebar berita palsu.
KUALA LUMPUR :Mana-mana pihak yang mendedahkan nama individu dijangkiti COVID-19 boleh diambil tindakan undang-undang, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menegaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah menyiarkan nama individu yang positif COVID-19 kerana ianya tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.
"Begitu juga dengan arahan kuarantin 14 hari, hanya KKM sahaja yang boleh mengeluarkan surat pengesahan kepada individu sama ada mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif COVID-19 atau yang mempunyai gejala.
"KKM akan memaklumkan mengenai kuarantin 14 hari melalui surat yang akan dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, beliau sedia maklum mengenai berita palsu seperti penularan jangkitan virus itu di beberapa pasar raya dan bank yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
"Ingin ditegaskan hanya KKM sahaja yang boleh menentukan kawasan-kawasan awam tersebut mempunyai kes positif COVID-19," jelasnya.
Ekoran itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak menjadi penyebar berita palsu.
"Sila semak kesahihan berita sebelum sebar. Perlu diingatkan bahawa penyebar juga boleh diambil tindakan undang-undang," tegasnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#berita palsu
#coronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan