KUALA LUMPUR: Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawasanya disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Jan 2021.
Ia menyatakan yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Ordinan itu turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24 dan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM100,000.
Ia juga menyebut bahawa orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit COVID-19 atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan atau apa-apa peranti lain yang diberikan pegawai yang diberi kuasa.
"Mana-Mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan," menurut ordinan itu.
Selain itu, bagi syarikat yang melanggar SOP tersebut, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021. - Gambar fail

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

COVID-19: Olimpik Tokyo boleh dibatal jika 'situasi menjadi mustahil' - Setiausaha Agung LDP
Pembatalan temasya sukan terbesar itu boleh dilakukan pada bila-bila masa berdasarkan situasi penularan gelombang baharu COVID-19 di Jepun.

Politik | Permohonan Pejuang daftar parti didengar 31 Mei
Permohonan parti pejuang tanah air (Pejuang) untuk mencabar tindakan menteri dalam negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu, didengar pada 31 Mei ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes hari ini berkata mahkamah perlu mendengar kes itu dengan kadar segera kerana ia merupakan kes kepentingan awam.

10 PATI ditahan menerusi Op Benteng
Sejumlah 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng dalam tempoh 24 jam.

Datuk Seri antara 32 dikompaun berhibur di pusat hiburan
Kesemua warga tempatan termasuk 10 wanita yang berusia antara 20 dan 60 tahun itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 (1) Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 2021.

PKP: 44 individu dikompaun langgar SOP
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan pada Isnin berkata, kesemua 44 individu berkenaan dikompaun.

80 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 12 orang PATI turut diusir melalui satu aktiviti pengusiran.

Hanya enam ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan, KKM telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Ingkar SOP: 58 ditahan, sebahagian besar pengunjung pusat hiburan
Lebih 67 peratus daripada 58 individu yang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam adalah melibatkan pengunjung pusat hiburan.

Nilai kompaun RM10,000 boleh kurang jika buat rayuan - Takiyuddin
Nilai kompaun RM10,000 boleh dikurangkan berdasarkan budibicara pegawai diberikuasa, atau majistret yang mengadili kes berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

Kesalahan rentas negeri paling tinggi tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 19 tapak binaan didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.