awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu lengkap vaksinasi dibenar masuk ke Sarawak tanpa kuarantin 14 hari

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
15/09/2021
15:19 MYT
Individu lengkap vaksinasi dibenar masuk ke Sarawak tanpa kuarantin 14 hari
Keputusan kebenaran masuk ke Sarawak tanpa kuarantin hanya untuk individu lengkap vaksinasi yang tiba dari dalam negara sahaja. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki Sarawak tanpa perlu menjalani kuarantin 14 hari seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak selepas membuat penilaian situasi COVID-19 di negeri tersebut serta negeri lain.
Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu kenyataan hari ini, keputusan ini tertakluk kepada individu dari Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan ia berkuat kuasa 16 September 2021.
Bagaimanapun, mereka masih perlu mendapatkan permit dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya.
"Mereka juga perlu membuat permohonan menerusi EnterSarawak, mengisi eHealth Declaration Form (eHDF), menyertakan bukti status 'lengkap vaksinasi' dan mengemukakan keputusan RT-PCR negatif yang sah untuk tiga hari sahaja serta maklumat peribadi lain yang berkaitan," kata beliau.
Dalam pada itu, bagi kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang memasuki Sarawak bersama penjaga yang lengkap vaksinasi juga diberi pelepasan kuarantin.
"Namun, mereka dinasihati agar menjalankan pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari," katanya.
Selain itu, dalam kenyataan sama, beliau berkata, individu yang belum divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di hotel kuarantin yang telah ditetapkan di negeri terbabit.
Mereka juga perlu memohon dalam EnterSarawak, mengisi eHealth Declaration Form (eHDF) dan mengemukakan keputusan RT-PCR negatif yang sah untuk tiga hari sahaja.
Beliau berkata, tiada perubahan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi individu yang masuk ke Sarawak dari luar negara.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#tidak perlu kuarantin
#vaksinasi
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan