Mungkin ramai pernah mendengar ada kalangan rakyat negara ini memiliki dua kerakyatan.
Ia sering dikaitkan dengan penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak yang bersempadan dengan Thailand serta Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Filipina dan Indonesia.
Namun sejauh manakah kebenaran dakwaan itu? Ketika Bernama mengajukan soalan ini kepada berapa pihak yang berkaitan, tiada yang dapat mengesahkan berlakunya hal itu.
Sebaliknya, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling berkata Malaysia tidak pernah mengiktiraf rakyat negara ini yang memiliki kerakyatan negara lain.
Berikutan itu, katanya mana-mana individu yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Beliau berkata mengikut Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang telah memperoleh kewarganegaraan negara lain.
"Mana-mana warganegara yang memilih mendapatkan kerakyatan negara lain, maka dia perlu membuat pelepasan kewarganegaraan Malaysia di JPN berdasarkan Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sulaiman berkata kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang jika terdapat warga yang tidak membuat pelepasan kewarganegaran walaupun telah mendapatkan kewarganegaraan negara lain.
Menurut laman rasmi JPN, proses memperoleh semula taraf kewarganegaraan bagi mereka yang telah dilucut atau menolak kewarganegaraan Malaysia, perlu mendapatkan kelulusan kerajaan Persekutuan mengikut Perkara 18(2) Perlembagaan Persekutuan sebelum boleh didaftarkan semula sebagai warganegara.
Negara berjiran
Di TUMPAT, Kelantan, Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup, Siri Neng Buah, 63, tidak menafikan kemungkinan wujud dua kerakyatan membabitkan kerakyatan Malaysia dan Thailand, berikutan kedua-dua negara berjiran, selain wujud hubungan kekeluargaan antara rakyat kedua-dua negara.
Menurutnya, dua kerakyatan terutama yang membabitkan penduduk di selatan Thailand dan Kelantan berlaku akibat kepentingan sosial dan ekonomi.
Siri Neng Buah, seorang rakyat Malaysia berketurunan Siam, berkata masalah itu mula timbul apabila kad pengenalan diri yang dahulunya dikenali sebagai pasport diperkenalkan kerajaan British di kawasan bandar dan kawasan strategik bagi mengekang gerakan komunis di Tanah Melayu pada 1948.
"Dengan sistem pengenalan diri yang baharu itu, orang Thailand yang mempunyai keluarga di Tanah Melayu terutama di Kelantan pun turut membuat kad pengenalan diri di negara ini bagi memudahkan pergerakan mereka di sini.
"Nak dapatkannya pula cukup mudah, hanya perlu ke balai polis dan buat laporan mengatakan mereka tinggal di kampung tertentu dan tiada siasatan lanjut dilakukan oleh pasukan keselamatan.
"Ketika itu surat beranak belum lagi diperkenalkan di Tanah Melayu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Seraya, baru-baru ini.
'Rumpun Keluarga'
Menurutnya, ketika itu Thailand sudah memperkenalkan sistem pengenalan diri yang disebut 'Sammanu Krua' ataupun Rumpun Keluarga di mana setiap orang didaftarkan mengikut keluarga masing-masing, namun tidak ramai orang Kelantan mendaftarkan diri di Thailand untuk sistem berkenaan.
Katanya selaras dengan perkembangan semasa, Tanah Melayu yang merdeka pada 1957 kemudian memperkenalkan beberapa taraf kewarganegaraan seperti warganegara dan penduduk tetap bagi memudahkan urusan penyenaraian penduduk.
"Kemuncak kepada masalah ini adalah pada 1970-an apabila Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tan Sri Dr Mohd Asri Muda meminta Thailand memberikan kuasa autonomi penuh kepada wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala.
"Beliau turut mempersoalkan kewujudan konsulat Thailand di Kota Bharu sehingga menyebabkan tunjuk perasaan di sekitar Sungai Golok.
"Bagaimanapun, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (ketika itu) kemudiannya mengisytiharkan tiga wilayah di selatan Thailand itu berada di bawah kedaulatan Thailand bagi meredakan ketegangan yang berlaku," katanya.
Sejurus kejadian itu, katanya, Thailand kemudiannya menawarkan kepada mana-mana rakyatnya yang mempunyai taraf penduduk tetap di Malaysia supaya pulang dan menetap di Thailand.
"Kerajaan Thailand membuka beberapa penempatan baharu di Sukhirin dan mana-mana rakyatnya yang pulang ke Thailand, diberi kira-kira tiga hektar tanah di situ. Namun ada yang mengambil kesempatan mengekalkan kedua-dua kerakyatan kerana mereka masih mempunyai tanah dan keluarga di Kelantan.
"Seingat saya, ketika itu terdapat kira-kira 30,000 orang berhijrah ke Thailand namun (kini) jumlahnya semakin berkurangan kerana ramai yang telah meninggal dunia," katanya.
Bernama
Thu May 05 2016
Mana-mana individu yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya. - Gambar hiasan
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sembilan cubaan culik sejak Mei - Polis Sabah
Maklumat mengenai perkara itu diterima hasil perkongsian risikan dengan pasukan keselamatan Filipina.
Mulai Mei, tukar alamat pada kad pengenalan perlu dokumen sokongan
Langkah bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes "50 hingga 100 orang" menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.
Kerajaan tidak iktiraf individu miliki lebih satu kewarganegaraan - Muhyiddin
Tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika individu atau pihak yang mempunyai dua kerakyatan perlu mengakui hanya satu kewarganegaraan sahaja bagi mengelak sebarang masalah.
Jho Low guna nama sama pada pasport St Kitts and Nevis
Mustafar berkata menjadi satu kesalahan sekiranya seorang warganegara Malaysia memiliki dua pasport.
PRK Pujut: BN perlu strategi baharu dekati pengundi Cina
Setiausaha Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri berkata BN berpeluang untuk menyerlah dan menang di PRK DUN Pujut yang mempunyai kira-kira 68 peratus pengundi Cina.
Individu miliki dua kerakyatan boleh dilucut warga Malaysia - JPN
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling berkata Malaysia tidak pernah mengiktiraf rakyat negara ini yang memiliki kerakyatan negara lain.