awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis

Bernama
Bernama
18/07/2021
03:27 MYT
Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis
Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan ahli keluarga dan individu berkenaan telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19.
"Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Pengerusi MAIPS, berkata bagi kariah Kota Raja Arau, solat sunat Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada 8 pagi untuk sesi pertama, manakala sesi kedua pada 9 pagi di pekarangan Masjid Negeri Arau sekiranya berlaku limpahan jemaah.
"Jika cuaca tidak mengizinkan, maka satu sesi solat sahaja akan didirikan di masjid-masjid berdasarkan kapasiti maksimum dengan penjagaan SOP ketat pada 8.30 pagi," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 kepada amil kariah Masjid Kampung Binjal di sini, semalam, untuk diagihkan kepada 29 asnaf kariah tersebut, demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
#rentas negeri
#vaksin
#COVID-19
#Raja Muda Perlis
#MAIPs
#Islam
#SOP
#solat sunat
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan