KUALA LUMPUR: Individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.
Pengerusi Jemaah Pengelola DBP Profesor Datuk Seri Awang Sariyan berkata kedua-dua hukuman adalah antara yang dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan sebelum dijangka dibentang kepada Perdana Menteri bulan depan.
"Ia bukan soal salah tatabahasa atau ejaan tetapi tidak hormati Bahasa Kebangsaan. Usul denda ini bukan untuk menghukum, ia dicadang untuk membangkitkan kecintaan dan patriotisme kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-66 DBP di sini hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan kerajaan akan meminda akta itu bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.
Awang berkata DBP turut mencadangkan agar Akta Bahasa Kebangsaan di bawah selian Pejabat Perdana Menteri dipinda seiringan pindaan Akta DBP agar pihaknya dapat menjalankan tugas sebagai penguatkuasa bahasa dengan lebih berkesan.
"Bukan sahaja Akta DBP perlu dipinda tetapi pindaan Akta Bahasa Kerajaan juga perlu dilakukan kerana itu induknya. Kalau akta itu diperluas, bolehlah kerajaan meminta DBP melaksanakan dasar bahasa secara lebih jelas," katanya.
Mengenai pindaan itu, beliau berkata ia harus dilaksana secara holistik bukan sekadar bidang kuasa penguatkuasaan tetapi juga harus melihat aspek perantarabangsaan, pentauliahan dan pelesenan bahasa sastera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Awang berkata kedua-dua hukuman adalah antara yang dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan. - Gambar fail

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Hilangnya bahasa kita di ibu kota: Kolotkah kalau tidak bercitra tempatan?
Penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam bukanlah lambang kita berada di zon antarabangsa atau puncak globalisasi.

Protes bahasa Hindi sebagai bahasa rasmi, lelaki maut bakar diri
Sejak sekian lama, isu bahasa di India boleh menjadi suatu yang sensitif dalam situasi tertentu.

Sudah tiba masa Bahasa Melayu diangkat setaraf bahasa lain di dunia - PM
Penggunaan Bahasa Melayu tidak menjadikan negara mundur, sebaliknya, negara maju juga menggunakan bahasa sendiri, kata Ismail Sabri.

Tahap penguasan bahasa Melayu sekolah vernakular meningkat
Namun begitu, masih terdapat ruang penambahbaikan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan ke tahap yang lebih baik di SJKC dan SJKT.

Individu tidak hormat bahasa kebangsaan berdepan denda maksimum RM50,000, penjara
Individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Usaha kerajaan martabat bahasa Melayu beri identiti kepada generasi akan datang
Jika bahasa itu tidak diutamakan, maka rakyat akan tercicir seperti 'hilang bahasa hilang budaya, hilang budaya hilang negara'.

Wara itu, wara ini... Mari berbicara tentang 'wara'...
Kosa kata berkaitan yang telah direkod dalam kamus dan korpus ialah bicarawara, candawara, ceterawara, jerayawara, riawara, purbawara dan sandiwara.

Menteri Luar tulis surat rasmi kepada Blinken dalam Bahasa Melayu
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuskan surat rasmi dalam bahasa kebangsaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

Malaysia guna Bahasa Melayu untuk setiap urusan rasmi negara - PM
Sudah sampai masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, kata Perdana Menteri.

Kerajaan struktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan - Mohamad
Kementerian Pendidikan akan menstruktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di setiap kementerian di negara ini.