awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia intai pembabitan lebih luas dalam pelancongan kesihatan

Bernama
Bernama
27/12/2021
21:42 MYT
Indonesia intai pembabitan lebih luas dalam pelancongan kesihatan
Joko Widodo berucap pada majlis pecah tanah hospital antarabangsa baharu di Kota Denpasar, Bali, 27 Dis 2021. - Foto Facebook Joko Widodo
JAKARTA: Indonesia sedang membina hospital antarabangsa baharu di Kota Denpasar, Bali dalam usahanya untuk menarik pelancong perubatan dan menggalakkan rakyatnya mendapatkan rawatan perubatan di dalam negara berbanding di luar negara.
Presiden Joko Widodo berkata pada masa ini terdapat dua juta rakyat Indonesia yang melancong ke luar negara, termasuk ke Malaysia, Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat, untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dengan anggaran perbelanjaan bernilai 97 trilion rupiah (US$6.8 bilion).
"Saya berharap hospital itu juga akan menjadi destinasi pelancongan kesihatan," katanya pada majlis pecah tanah di Bali, pada Isnin.
Inisiatif itu adalah selaras dengan usaha pentadbirannya untuk terus meningkatkan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa.
Hospital Antarabangsa Bali, di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Negara dan rakan kongsinya Mayo Clinic, sebuah pusat perubatan akademik Amerika, dijangka memulakan operasinya pada pertengahan 2023.
Dalam perkembangan lain, syarikat milik kerajaan PT Bio Farma bersedia untuk memulakan pengeluaran vaksin COVID-19 tempatan menjelang Jun tahun depan.
Negara itu merancang untuk menghasilkan sehingga 77 juta dos vaksin, kata Menteri Perusahaan Negeri Erick Thohir, sambil menambah bahawa percubaan klinikal Fasa 1 untuk menilai keselamatan awal vaksin telah dijalankan pada 13 Dis 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan kesihatan
#Joko Widodo
#pelancong perubatan
#Hospital Antarabangsa Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan